Sunday 6 December 2015

Sunset di Bukit Kokol, Menggatal

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Weekend is back! Yey! Hehe. Baru-baru ni saya pergi tengok sunset yang cantik di Bukit Kokol a.k.a bukit belakang rumah. Saya panggil bukit ni bukit belakang rumah sebab memang terletak belakang rumah pun. Hahahaha

Sunset @ Bukit Kokol




Sekarang parents saya kan tengah datang melawat Sabah. Kundasang semua dah habis pusing. Lagipun hari weekdays nak jalan jauh2 susah. So, hari Jumaat lepas kami pergi Bukit Kokol saja lah.

Walaupun saya panggil 'bukit belakang rumah', sebenarnya bukit ni terkenal tau. Setahu saya ada at least 3 resort kat sana. Saya cuma pernah pergi Kokol Haven Resort dan Kasih Sayang Resort. Tapi tak duduk sana pun la, datang tengok pemandangan je :p

Kalau nak pergi kaki bukit dari city center di Kota Kinabalu dalam 20 minit dah sampai dah kalau takde traffic jam. Kalau nak cari simpang pergi sana senang je, cari Klinik Kesihatan Menggatal. Pastu jalan je straight sampai naik ke atas bukit.

Dari bawah nak ke atas ambil masa dalam 20 minit jugak lah. Sebab jalannya bersimpang siur, lalu lereng bukit tinggi, dan takde jalan luas macam kat Genting Highlands tu. Saya bawa slow2 je, bawak mak ayah tak boleh laju2. Lagipun semalam ada hujan sikit waktu petang. Kalau korang pergi awal pagi, memang berkabus ok tempat tu.

Jalan Kokol Poring-Poring, with Crocker Range at the back

Bukit Kokol dikatakan sebahagian dari Crocker Range jugak. Tapi bahagian tepi2 dah la. Kalau korang tengok dari langit (waktu naik kapal terbang ke Sandakan) memang cantik okeh!

Sebelum sampai bahagian atas tu ada satu church yang ada view cantik. Ada orang pernah samakan dengan Rio de Jeneiro. Hehe. Takde la kan sehebat tu, tapi OK lah view dia :D

St Joseph's Catholic Church, Bukit Kokol


Anyway. Dulu first time saya pergi Kasih Sayang Resort. Pergi time pagi2. Lepak2 kat diorang punya restoran, Cloud 9. Masa tu sepupu husband saya kerja tukang masak di sana, so boleh la duduk2 sana tak makan pun. Hehe.

Kat sana view cantik jugak. Saya pergi pagi. Ada kabus2 sikit. Pastu kat bawah restoran tu diorang ada bela arnab. Waaa comelllll.

Tapi baru-baru ni saya pergi Kokol Haven Resort. Sana view lagi cantik, sebab kurang sikit bukit yang menghalang view Kota Kinabalu. Korang boleh nampak almost all parts of KK! Dari area rumah saya, 1 Borneo, Sepanggar, Jesselton Point, Tg Aru... semua boleh nampak! Subhanallah, superb! Sini takde bangunan tinggi2 pencakar langit, tapi ada bukit tinggi boleh tengok view cantik. That's how awesome KK is ;)


Kokol Haven Resort

Actually sebelum simpang nak masuk resort ni ada satu gerai betul2 tepi jalan yang ada view paling perfect kalau nak tengok sunset! Hehe. Tapi takde tempat parking, susah sikit la nak pergi sana. Risau jugak lah parking di tepi2 jalan je lama2.

Saya pergi sana lepas balik kerja, lepak2 kejap, tunggu tengok sunset. Ada blogger ni pernah buat ranking top 10 sunset di Sabah, dan nombor 1 adalah sunset di Bukit Kokol :) Saya tunggu kejap lepas masuk maghrib, boleh la dapat gambar macam 1st picture tu.

Selain sunset, korang boleh jugak perhatikan landmark kat Kota Kinabalu. Saya sibuk nak spot mana rumah saya. Hehe.

View of Kota Kinabalu (north area)

Saya tak nak kasi tahu la mana satu rumah saya. Hehe. Tapi dalam gambar ni boleh korang nampak Pelabuhan Sepanggar, area Sulaman, Menggatal, etc etc. Ada juga saya snap gambar KK city center tapi malas nak tunjuk yang tu. Gambar ni dah zoom in pakai kamera Oppo, sebab tu la tak clear sangat. Saya tak bawa pun kamera Canon saya. Sobs.

Kota Kinabalu & Tunku Abdul Rahman Marine Park

Cantik kan? Hehe. Sebenarnya teringin jugak nak stay sampai malam. Orang kata malam pun cantik, boleh nampak lampu2 di KK. Tapi saya tak berani lah nak tunggu sampai malam, lagipun nak kena solat maghrib lagi. Jalan sana takde lampu jalan, dah la berliku2. Saya hampir2 tak sedar ada lori besar, sebab bertemu kat selekoh. Waaaa T__T

Tapi kalau ada rezeki insyaAllah nak bermalam kat sana lah. Sejuk2 suhu.. orang kata dalam 20 darjah celcius. Harga Kokol Haven Resort ni paling mahal lah, tapi cantik betul view dalam biliknya. Harga sebilik RM500++. Kasih Sayang Resort dalam RM200 - 300++, tapi saya dengar yang palng murah di Villaku Chalet, ada bilik dalam RM100 dan jugak Kokol Farmstay. Tapi saya pun tak sure la, tak pernah pergi tidur sana pun ^^;;

OK lah tuh je dulu kali ni. Sebelum saya pergi, tengok lah gambar terakhir di saat2 sebelum meninggalkan Kokol Haven Resort.

Sunset @ Kokol Haven Resort

Ciao! Till next time! ;)




2 comments:

  1. Waaaa kebetulan arimi sy mau pi sana pula. Lawa2 pic kamu. Btw,do follow me.

    ReplyDelete
  2. Ada ke grab yang pergi ke Bukit Kokol

    ReplyDelete