Sunday 19 April 2015

Tips Travel ke Jepun

Alhamdulillah

Baru je saya pulang dari Jepun semalam. Hari ni macam biasa, busy basuh baju, kemas barang, sort out balik semua omiyage (souvenir).

So, sementara ingatan pasal Jepun ni masih segar di kepala, saya ada a few nasihat untuk orang yang nak pergi Jepun ni. Hihi.

1st sight of Japan! Weeeeee!!


Planning Your Trip

First question: Bila nak pergi Jepun? Biasanya, orang akan pergi time spring and autumn.

Spring (musim bunga) biasanya orang paling suka, sebab boleh tengok sakura. Masalahnya, sakura ni lepas dia kembang, sekejap je dia tahan, pastu terus luruh. Kat satu-satu tempat tu, tak sampai 2 minggu dia boleh tahan atas pokok. Kalau tetiba datang hujan n angin kuat, lagi la cepat dia luruh.

The good thing is, kat Jepun masa berkembang sakura lain2. Biasanya belah selatan akan start blooming dulu, pastu baru slow2 dia naik area utara yang lebih sejuk. So, as a whole country, sakura boleh ada dari bulan Mac - Mei. Saya dulu selalu pakai website ni untuk tengok forecast bunga sakura: http://www.japan-guide.com/blog/sakura15/

Waktu saya sampai Tokyo, Osaka & Kyoto, full bloom dah lepas n banyak pokok dah takde bunga... so agak sedih la.. huuu

Saki baki sakura di Ueno Park, 9 April 2015

Autumn (musim luruh, especially bln November) korang boleh tengok daun2 warna warni yang cantik. Kalau korang pergi Hakone, Arashiyama, syok la nanti korang tengok daun-daun.

Musim sejuk cuaca pun ok sebab tak banyak hujan. Orang kata, waktu ni la langit paling clear and senang nak tengok Mt Fuji.

Musim panas tak berapa recommend sangat untuk travel kat Jepun. Kalau awal Mei, Jepun cuti gak so nanti banyak tempat crowded. Bulan Jun pulak start musim hujan. Tapi kalau bulan Julai, banyak festival! So syok jugak la...


Airport: Narita vs Haneda


Airasia ada pergi Haneda. Haneda lagi dekat dengan Tokyo. Kalau korang jumpa tiket murah pergi Haneda, better la lagi pergi Haneda. Nak pergi Tokyo pun lagi murah n cepat.

Kalau naik MAS, diorang memang pergi Narita Airport je. Narita Airport ni jauh. Macam KLIA dengan KL la... Dari Narita ada banyak options untuk pergi Tokyo: bas, train, teksi, etc. Boleh rujuk website ni: http://www.japan-guide.com/e/e2027.html


Dari Narita Airport ke Tokyo


Basically, paling murah ialah naik bas, ie Tokyo Shuttle Bus. Harga dalam 900-1000 yen/way. Perjalanan naik bas dari NArita Airport ke Tokyo dalam 1 jam 30 min. Jangan naik Limousine Bus sebab mahal!

Kalau prefer speed, comfort and style, ambik lah train. Hehe. (tapi naik express train, jangan naik train yang slow dan banyak berhenti!) Kalau train laju ada 2 jenis: Narita Express (by JR, 60 mins, 3000yen) dan Keisei Skyliner (by Keisei, 45 mins, 2470yen)

Saya dulu amik Keisei Skyliner, sebab saya nak kejar masa and spend maksimum masa untuk travel kat Tokyo. Actually, Keisei Skyliner sekarang ada promotion untuk tourist:  http://www.keisei.co.jp/keisei/tetudou/skyliner/us/value_ticket/subway.html

Dulu, saya ambik Skyliner Round Trip ticket + Tokyo Subway 1-day ticket for 4,700 yen. So, korang boleh pakai train ni untuk pergi dan balik Narita-Tokyo, dan boleh dapat tiket untuk 1-day pass guna mana-mana subway di Tokyo (Metro & Toei subways sahaja). Kalau beli separate, harga dia 5940 yen. Keisei Skyliner akan stop dekat Ueno or Nippori Station. So, korang pilih la nak stop mana, and then sambung perjalanan pakai Metro Pass korang tu. Ticket balik ke Narita kena guna dalam masa 6 bulan.

Narita Express pun ada promo jugak. Kalau korang beli yang return ticket, harga dia 4,000 yen je, dan korang boleh guna tiket tu jugak untuk sambung ke mana-mana JR station lain dalam area Tokyo. Cuma, return ticket tu mesti di gunakan dalam masa 2 minggu dari tarikh korang beli.

JR Pass


Rasanya ramai yang dah tahu pasal JR Pass ni. Harga dia, boleh tahan dahsyat la. Yang saya beli dulu, harga dia 29,110 yen (around RM890). Terbeliak mata mendengar... huhu.

My JR Pass
Kalau pakai JR Pass ni, korang boleh naik most trains by JR (Japan Rail). Tapi ada restriction jugak, so sila lah baca dulu.

Macam saya dulu, saya boleh guna JR Pass untuk naik shinkansen (bullet train) untuk Tokyo-Osaka, Osaka-Kyoto, Tokyo-Odawara, Osaka-Nagoya, etc etc.

Selain tu, JR Pass pun korang boleh guna untuk local trains, limited express trains, rapid services, etc etc. So, dalam Tokyo, korang boleh pakai je JR Pass, tak payah nak beli tiket (PS: JR Pass tak boleh guna untuk JR Saikyo line dari Shibuya/Shinjuku/Ikebukuro-Odaiba)

Harga tiket shinkansen jauh lebih mahal berbanding train2 yang biasa, so memang berbaloi kalau korang selalu naik shinkansen. Dan ingat jugak lah, dah ada JR Pass ni maksimum kan lah penggunaan shinkansen, baru berbaloi. Huhu.

Contoh, kalau pergi Hakone, jangan lah naik local train... nanti perjalanan dekat 2 jam... Naiklah shinkansen pergi Odawara, pastu baru naik local train pergi tempat lain dekat Hakone.

Kalau korang tak nak travel banyak sangat, tak payah le beli JR Pass. Membazir je. Ada kawan saya cakap, actually website JR selalu je buat promotion untuk shinkansen. So kalau rajin survey, boleh jugak jimat duit kat situ. Hihi.


Chasing Mt Fuji


Kalau nak tengok Mt Fuji dalam shinkansen, duduk lah kat belah kanan train on the way from Tokyo pergi ke Kyoto/Osaka/Nagoya/Odawara. Korang tunggu dekat2 area Yokohama, kalau langit clear, insyaAllah boleh nampak... Biasanya pagi lagi senang nak nampak.

Biasanya kalau dekat area Tokyo, orang akan pergi ke Hakone untuk tengok Mt Fuji. Dekat sana, ada satu tasik, Lake Ashi @ Ashinoko, yang orang biasa pergi untuk tengok Mt Fuji. Kalau korang bernasib baik dapat tengok... masyaAllah cantik betul beb... Sila lah google gambar. (masa saya pergi dulu langit tak clear so tak dapat tgk.. T_T)


Fastpass @ Disneysea/Disneyland


Rasanya semua orang yang pernah pergi theme park pernah merasai pengalaman beratur berjam-jam untuk naik satu ride o.O

Disneysea Tokyo! The only one in the whole world!

Benda ni memang tak dapat nak elak, tapi kalau korang pergi Disney theme park kat Jepun, diorang ada kasi jalan penyelesaian: Fastpass ticket.

Fastpass ticket ni free je. Korang cuma perlu pergi dekat mesin yang issue out Fastpass, scan korang punya tiket Disneysea, dan tiket akan keluar. Fastpass ni cuma ada untuk certain rides yang terkenal je, yang normally kena spend 1 jam lebih untuk beratur.

Dalam Fastpass akan tulis korang punya timing untuk guna ticket tu, eg: 11.05 - 12.05. Maksudnya, korang cuma boleh guna tiket tu dari pukul 11.05 pg sampai 12.05 tgh hari. Lain ride, lain Fastpass dia. Dan dalam satu jam, korang cuma boleh ambik satu Fastpass je.

So, korang kenalah PLAN nak naik ride yang mana dulu. Hehe. Contoh, korang boleh ambik Fastpass untuk Journey to the Center of the Earth, lepas tu korang pergi la beratur untuk naik 20,000 leagues under the sea. Lepas korang habis naik 20,000 leagues under the sea, terus guna Fastpass untuk naik Journey to the Center of the Earth. So dalam 1 jam, dah boleh naik 2 rides.


OK lah. Tu je dulu kali ni. Ngantuk la tulis panjang2 ni. Semoga bermanfaat. Bye!



5 comments:

  1. aku yang baca ni lagi mengatuk...haram tak faham...kihkihkihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. kesiann.. perlu penerangan lanjut bgthu ja..

      Delete
  2. Anggaran yen dgn RM kena la letak sbgai info...tq share..

    ReplyDelete
  3. thanks good info ni.. insya allah.. feb ini saya akan ke sana pula

    ReplyDelete