Thursday 1 March 2018

Cameron Highlands 3D2N

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah. Baru-baru ni berkesempatan jalan-jalan lagi. Spot kali ni ialah: Cameron Highlands. Saya tak ingat dah bila last pergi sana. Lama sangat dah. Dah 20 tahun kot? Banyak dah tempat baru. Pada saya highlight trip ni ialah: Mossy Forest & Boh Tea Estate Sg Palas.

Mossy Forest, Cameron Highlands


Itinerari


Day 1

Gerak dari KL seawal jam 8am. Exit kat Tapah, pastu masuk ke Jalan Tapah-Cameron. Sampai 1st stop dalam jam 10.30am. Relaks2, rendam kaki di Lata Iskandar. Air terjun tinggi dan jernih! Tempat ni terletak betul-betul di tepi jalan, so tak payah susah-susah nak trekking atau masuk jalan sempit. Hanya perlu standby cari parking dari awal. Kalau tak terpaksa jalan jauh. Kat sini ada gerai jual souvenir dan tandas. Tapi tandas dia kurang enak sikit.

Lata Iskandar


Kami teruskan perjalanan ke Ringlet. Di sini kami masuk ke simpang Boh Tea Estate, terletak di antara pekan Ringlet dan Tanah Rata. Tempat parking dia jauh sikit. Diorang sediakan shuttle bus dari tempat parking untuk pergi ke kawasan pelawat & kafe. Kat tempat tunggu tu ada disediakan toilet yang bersih.

Sayangnya cuaca masa tu mendung dan hujan renyai. Kabus pun tebal. Dari segi pemandangan, tak berapa awesome lah sebab kabus tebal, nampak putih je. Tapi cuaca sejuk2 tu memang perfect untuk duduk minum teh panas! Orang pun tak ramai. Relaks2 lepas penat driving. Memang syok! Tapi harga kat kafe ni a bit overpriced la pada pendapat saya. Kek sepotong dekat 10 hinggit. Macam style cafe yang upscale kat KL nun. Tapi kira OK lah, sebab nak masuk estate free je. So diorang ambil untung dari jualan kafe lah kot.

Teh panas, kek dan kabus <3


Selain tu korang boleh tengok kilang teh. Tempat ni bau daun teh memang semerbak, you won't miss it! Kat pintu ada tulis tour time. Kami pergi yang jam 12.30pm. Staff di sana ada la terangkan sikit-sikit cara pembuatan teh. Ada banyak step. Dia akan panaskan daun teh dulu pada suhu dalam 120 darjah kalau tak silap, supaya jadi coklat-coklat. Pastu baru asingkan batang dengan daun. Step lain2 saya tak ingat. Hehe.

Selain kafe dan kilang, of course ada kedai jual teh. Harga tak tau la murah ke tak, sebab tak ingat harga kat supermarket berapa. Saya terkenangkan Sabah Tea with Geranium yang saya pernah beli kat Sabah Tea, Ranau. Sedap sangat2!! Tapi malangnya diorang (Boh) takde flavour tu. Last-last saya beli green tea je.

Kalau korang fit, boleh panjat tengok view point. Boleh tahan penat lah jugak. Tapi sambil naik boleh stop ambik gambar, so takde la terasa sangat.

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Taman Agro Teknologi MARDI. Nak ke sini dari Tanah Rata hanya perlu masuk ke simpang nak ke Hospital. Tiket masuk RM5 sahaja. Dalam tu ada macam-maca tanaman bunga dan buah. Cantik dan kebanyakannya memang sangat terjaga. Bahagian kebun epal je nampak sedih sikit. Taman2 bunga dia memang cantik2. Bagi saya memang worth it.

Taman Agrotek MARDI


Malam tu pula, kami pergi ke Night Market (Pasar Malam Brinchang). Tempat pasar malam ni dah pernah berubah beberapa kali, sebab selalu menyebabkan jam teruk. Tempat terkini terletak di sebuah simpang jalan di antara Tanah Rata dan Brinchang. Pasar malam ni cuma ada waktu weekend sahaja. Barang-barang kat sana murah. Katanya, strawberry murah lagi beli kat sana berbanding daripada strawberry farm. Bunga pun murah. Kalau kat kedai mau la bayar dalam RM20 ke, kat situ RM5 je. Saya cadangkan pergi sana awal sikit, dalam pukul 7.30 - 8 pm. Waktu ni parking masih banyak dan kurang jam. Lagipun kita musafir so boleh jamak. Hehe. Kalau sampai dalam pukul 8.30 pm tu, habislah korang berpusing cari parking.

Day 2

1st stop: Mossy Forest. Pada yang minat hiking, mesti pernah dengar tempat ni. Sangat cantik, dengan pemandangan yang unik macam dalam movie genre fantasy. Dengar kata kat sini diorang ada buat penggambaran movie Puteri Gunung Ledang.

Kat Mossy Forest ada disediakan board walkway untuk para pengunjung. Mohon jangan keluar dari laluan dan pijak tanah. Nanti kena sound. Hehe. Lumut2 tu tak dapat bertumbuh kalau asyik dipijak, katanya.

Jalan sempit & berlubang, kiri kanan ada lecak2

Perjalanan nak ke Mossy Forest dari Brinchang agak lama juga. Dalam 40 minit - 50 minit. Jarak takde la jauh sangat, tapi jalan dia saaaaangatt teruk. Banyak lubang, berliku-liku. Kalau nak drive sendiri, pastikan kereta anda ada tayar yang masih bagus bunganya, enjin pun kuat dan bukan jenis kereta yang lowered, kalau tak sure sangkut kat lubang. Ada juga disediakan transport dari jalan utama. Harga sekali trip dalam ratus-ratus juga lah, RM350 kalau tak silap. Kalau korang pergi dengan group besar tak apa lah, tapi kalau group kecik mahal sikit la kena bayar. walaupun perjalanan berliku dan penuh pancaroba, tapi view dia sangat cantik!

Mossy Forest. Jangan suka hari pijak ye, nanti lumut mati.

Kalau yang suka hiking, boleh teruskan perjalanan untuk mendaki ke Gunung Brinchang, gunung ke-2 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Tapi masa saya pergi ni, laluan ditutup dari awal Februari 2018 sebab ada tanah runtuh. Oh ya, pastikan korang ke tandas awal-awal sebelum ke Mossy Forest. Takde toilet disediakan ya. Saya nampak ada orang kencing tepi jalan. LOL.

2nd stop. Lepas balik dari Mossy Forest, kami ke ladang teh Boh Sungai Palas. Masa kami di sini cuaca memang awesome! Pemandangan menghijau dengan berlatar belakangkan langit yang biru. Cuma orang pun ramai. Hari Ahad lah katakan. Nak minum teh dengan tenang memang tak dapat la. Serabut. Ambik gambar pun susah, kena gilir-gilir dekat spot cantik. Haha.

Boh Tea Estate, Sg Palas


3rd stop. Lepas keluar dari kawasan Sg Palas, kami ke Lavendaer Garden. Bayaran RM10. Selain lavender, ada pelbagai bunga lain dan mini strawberry farm. Saya personally rasa macam tak worth it pun. Mungkin kalau orang tak ramai rasa syok sikit la kot. Kalau nak spot bunga-bunga untuk ambil gambar, boleh la pergi sana.

Lavender~


Selepas itu, kami pun balik. Nak cari makan. Sepanjang dari Kea Garden ke Tanah Rata, kami nampak jam teruk at the other side of the road. Memang dahsyat. Waktu peak hour, jalan dari arah Tanah Rata menju ke Kea Garden ada traffic jam disebabkan market dekat Kea Garden tu. Jalan satu hala, pastu orang dok parking sesuka hati tepi jalan. Patut la ada orang kena drive berjam-jam dari Tanah Rata nak pergi hotel.

So kat sini saya nak kasi tips. Elakkan stay di hotel dekat area Kea Garden kalau korang pergi sana time weekend. Hehe. Bayangkan korang nak balik hotel pastu jam teruk ^^;;

4th stop. Parit Falls. Air terjun kecil tak jauh dari Tanah Rata. Tapi saya tak recommend pergi sini. Air coklat, tak jernih. Banyak sampah. Bau air sungai dia lebih kurang sama macam bau air Sungai Gombak.

Day 3

Plan asal nak singgah di Cameron Adventurous di Kuala Terla. Tapi terpaksa cancel atas sebab-sebab tertentu. Kat sana saya berminat nak main ATV kat ladang teh. Kos dalam RM50/pax (based on website).

Disebabkan tak jadi singgah, kami drive straight ke Ipoh. Naik Cameron Highlands ikut Tapah, balik ikut jalan Simpang Pulai. Jalan ni baru, besar dan cantik. Tak macam jalan dari Tapah tu, banyak lubang-lubang. Cumanya, pemandangan pun tak cantik sangat la. Nampak la betapa banyaknya hutan kat Cameron Highlands dan ditebang untuk dijadikan kebun sayur, etc.

Makan-Makan


Nak makan kat mana? Kalau awal pagi, di Brinchang saya tengok tak banyak kedai yang dah buka untuk breakfast. KFC Brinchang pun belum buka. Saya makan di gerai ala food truck kat tepi jalan. Nasi lemak + teh o panas, opposite Balai Bomba. Bestt! Saya rasa mungkin di Tanah Rata banyak lagi option makanan.

Kalau nak cuba Nasi Lemak Cameron Highlands, boleh pergi ke Restoran Taman Abang di Tanah Rata. Boleh cari je pakai Waze. Restoran ni terletak dalam taman. Nasi lemak dia pulak ada lauk ayam goreng berempah, sambal & ikan bilis, telur dan juga specialty Cameron Highlands: serunding strawberry. LOL. Bunyi macam pelik je kan. Tapi sedap jugalah. Sila try! Harga pun RM7.90 je. Ayam dia besar tau, bukan saiz kecik-keci kedekut tu.

Nasi Lemak Cameron Highlands


Kami lepak lama kat sini sementara nak tunggu traffic jam surut. Disebabkan restoran ni ada banyak bunga, rasa sejuk dan nyaman je. Hehe. Lagipun harga makanan dia berpatutan. Kalau korang pergi malam, kat sini ada steamboat. Tapi tak tau yang tu best ke tak sebab tak de try.

Kalau untuk steamboat, kedai yang saya pilih ialah: DeBamboo Tower Steamboat di Taman Sedia, berhampiran dengan Tanah Rata. Biasanya kalau buffet steamboat korang cuma boleh grill dan steamboat je kan, tapi kat sini boleh kukus sekali. Ada juga extra compartment khas untuk letak cheese, supaya boleh cicah makanan dengan melted cheese! Besstt!! Harga sorang RM30 (termasuk tax). Nak tambah cheese bayar RM7/table. Sup ada 2 jenis, sup biasa dan juga tomyam.

DeBamboo Tower Steamboat


Pilihan makanan memang banyak! Ada lebih 30 jenis kot. Selain ayam, daging n seafood, ada juga pelbagai dim sum dan pau untuk korang kukus. Pau dia memang sedap! Lembut gebu. Saya suka pau kaya dan pau custard. Diorang ada sediakan nasi goreng n kuey tiaw goreng. Ada sayur2 dan ais krim. Air pun dah termasuk dalam harga yang korang bayar. Air kosong, teh, kordial. Pilih je :D

Cumanya, kedai ni agak jauh dari jalan utama. Kalau nak pergi malam-malam mungkin susah sikit nak jumpa kalau tak biasa, sebab takde nampak signage kat jalan pun. Tapi jangan risau, cari je pakai Waze. Haha.

OK tu je perkonsian kali ni. InsyaAllah kalau rajin nak sambung pulak trip Ipoh + caving di Gua Tempurung. Semoga bermanfaat :D



3 comments:

  1. nk tnya.. nak masuk mossy forest free ke? klau bwk msuk kete kesane sndiri..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk mossy forest free. Nak bawa masuk kereta pun free, cuma parking space limited. Kalau weekend datang awal sikit.

      Delete
  2. maaf nk tnya..mossy forest dh bkk ke?

    ReplyDelete