Friday 21 July 2017

Balkan dan Sejarah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama menyepi. Ada banyak blog entry yang saya tulis separuh jalan tanpa disambung berbulan-bulan. Kebelakangan ni saya perlu tulis manuskrip untuk journal review, jadi kalau menghadap komputer cuma tengok review article saja. Muak juga lah. Haha. Jadi kali ni saya nak tulis blog balik, dan nak sambung dengan entry "history lesson". LOL. Kali ni kita fokus pada Balkan.


The Balkans
Souce: wikitravel



Apa itu Balkan?


Untuk orang-orang yang bukan kaki jalan, Balkan ni mungkin adalah kawasan yang jarang didengari. Beberapa tahun dahulu, kawasan Balkan ni masih terletak di luar radar pelancong dari Malaysia. Tapi sekarang Balkan ni antara top destination untuk kaki-kaki jalan.

The Balkans atau "Balkan Peninsula" merujuk kepada kawasan di bahagian tenggara Eropah, yang terdiri daripada negara seperti Bosnia & Herzegovina, Albania, Bulgaria, Kosovo, Macedonia, dan Montenegro. Sebahagian daripada Greece, Croatia, Serbia, Slovenia Romania, dan Hungary juga terletak di kawasan Balkan. Selain itu, bahagian barat Turki (European side) juga terletak di kawasan Balkan.

Melting Pot of Cultures


Kawasan Balkan ni special, sebab dia terletak di antara dua empayar besar dunia; Empayar Rom dan Greek. Tempat ni menjadi "meeting point" di antara Kristian Katolik dan Kristian Ortodoks. Selain itu, tempat ni juga menjadi "meeting point" di antara Kristian dan Islam.

Untuk makluman, banyak negara Balkan ni sebenarnya pernah ditakluki oleh Empayar Uthmaniyyah, atau orang putih panggil "Ottoman Empire". Sambil menakluk, sambil menyebarkan Islam. Pada kurun ke-16, kebanyakan kawasan di Balkan berada di bawah jajahan Empayar Uthmaniyyah. Selain Andalusia di Sepanyol, Islam tersebar di bumi Eropah melalui kawasan Balkan. Percaya tak dahulu Parthenon (Temple of Athena di Athens, Greece) pernah berada di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah? Hebat kan!

In case ada yang tak tahu, inilah Parthenon
Sumber: wikipedia

Kawasan Balkan didiami oleh penganut bermacam-macam agama: Islam, Kristian Ortodoks, Kristian Katolik dan juga Yahudi. Banyak tempat di Balkan yang ada masjid, gereja dan synagogue dalam kawasan yang sama.

Masjid & Gereja di Macedonia

Ini membuktikan sebenarnya kita semua boleh hidup aman tak kira agama. Yang jadi masalah ialah apabila datangnya pemerintah yang mempergunakan agama untuk memecah belahkan rakyat. :(

Mungkin juga lah disebabkan kepelbagaian agama dan etnik di Balkan, kawasan ni banyak berlaku pergolakan dan peperangan akibat pemimpin-pemimpin yang mencanangkan agenda "nasionalisme" dan agama.

Peperangan di Balkan


Empayar Austro-Hungary dan Empayar Uthmaniyyah adalah antara 2 empayar besar yang pernah berkuasa di sini. Pada awal abad ke-20, beberapa negara seperti Greece, Serbia, Bulgaria dan Montenegro telah bergabung untuk mengalahkan Empayar Uthmaniyyah yang dahulunya pernah menguasai sebahagian besar Balkan. Maka, bermulalah Perang Balkan. Akibat peperangan itu, penguasaan Uthmaniyyah di Balkan semakin berkurang. Kawasan jajahan Uthmaniyyah berpecah dan menjadi "independent states". Sehinggalah kawasan Uthmaniyyah semakin mengecil dan menjadi Turki yang kita nampak pada hari ini.

Kemudian berlaku pula Perang Dunia Pertama. Kalau korang belek balik buku teks sejarah tingkatan 4, Perang Dunia Pertama bermula selepas berlakunya pembunuhan Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo (ibu negara Bosnia & Herzegovina), yang merupakan Crown Prince kepada Empayar Austro-Hungary. Beliau dibunuh oleh orang Serb yang pro-Yugoslav.

Inilah jabatan bersejarah tu. Tempat pembunuhan Archduke Franz Ferdinand

Disebabkan diorang telah membunuh waris takhta diorang, berperang lah Yugoslavia dengan Austro-Hungary. Masing-masing pun mendapatkan sekutu untuk join pihak masing-masing dan akhirnya melibatkan banyak negara dan menjadi Perang Dunia.

Selepas Perang Dunia Ke-2, Yugoslavia terbentuk. Yugoslavia terdiri daripada Serbia, Bosnia & Herzegovina, Croatia, Slovenia, Macedonia dan Montenegro. Diorang ni komunis, so agama tak dibenarkan.

Tour guide kami di Balkan (nama dia Alex) berasal dari Macedonia, dan dia ada cerita sedikit sebanyak tentang tekanan yang dihadapi oleh keluarga dia yang merupakan Kristian Ortodoks. Tapi mak dia seorang yang kuat agama, dan tetap gigih untuk senyap-senyap menerapkan ilmu agama pada anak-anak dia. Mungkin juga disebabkan pengaruh komunis, Albania dan Bosnia & Herzegovina, walaupun merupakan negara majoriti Islam, mempunyai ramai rakyat yang merupakan "non-practising muslim".

Yugoslav Wars & Ethnic Cleansing


Bermula dari tahun 1991, berlaku pula Yugoslav Wars.  Rasanya orang yang umur macam saya mesti pernah dengar kot. Zaman kita kecik-kecik dulu, selalu masuk berita kisah perang di Bosnia, yang merupakan sebahagian dari Yugoslav Wars.

Agenda perang ini adalah "nasionalisme". Masing-masing mengutamakan etnik sendiri. Dalam kerajaan Yugoslavia, kuasa terletak di Belgrade, Serbia, dan diorang menjadi etnik majoriti yang berkuasa di Yugoslavia. So, bangsa-bangsa lain (Croat, Bosniak, Sloven) tak puas hati lah. Dengan itu, agenda nasionalisma mula jadi terkenal. Idea communisme (yang tak mengenal agama dan bangsa) jadi semakin unpopular. Selepas Yugoslavia mula berpecah menjadi independent states, orang Serb tak puas hati dan mahu mengekalkan Yugoslavia. Dengan ini berlakulah series of clashes yang dipanggil Yugoslav Wars.

Pada asalnya, tentera pro-Yugoslavia cuma mahu mengekalkan negara mereka, dan tentera ni terdiri daripada pelbagai bangsa (Croates, Slovene, Bosniak, Albanian, Serb, etc). Tiba-tiba, muncullah makhluk yang mencanangkan agenda nasionalisme Serb yang mengimpikan "Greater Serbia" yang terdiri daripada Serbia + Croatia + Bosnia. Maka, perang berlaku di antara pihak Croats (Kristian Katolik), Serbians (Kristian Ortodoks) dan Bosniak (Islam).

Tunnel of Hope, Sarajevo. Diorang preserve bangunan ni. Boleh nampak kesan peluru kat dinding

Pada pandangan mata saya, yang menjadi mangsa utama ialah Bosniak. Diorang mendapat serangan daripada pihak Croats dan Serb. Semasa di Balkan, kami ada melawat Sarajevo, bandar yang diserang dan dikepung oleh Serb. Kami juga ada melawat Ahmici, sebuah pekan di Bosnia yang pernah diserang oleh Croats. Bosnia asalnya adalah sebuah negara yang multi-religious dan multi-racial, so memang ada ramai juga Croats dan Serbians. Bayangkan orang-orang yang pernah menjadi jiran tetangga korang tiba-tiba mula menyerang dan membunuh korang. That's what happened to them.

Imam di sebuah masjid di Ahmici menerangkan tentang kejadian pembunuhan di tempat beliau

Tapi, menurut tour guide kami, Perang Yugoslav ni bukan one way sahaja. Ada tempat yang Croats dan Serbians bersatu menyerang Bosniaks (saya cuma nampak yang ini sahaja). Tapi ada juga yang Bosniaks dan Serbians menyerang Croats; dan Bosnians dan Croats menyerang Serbians. Sekejap-sekejap diorang boleh tukar side. Something similar to what's happening right now in Syria, I guess?

Sekarang, Yugoslavia sudah tidak wujud. Antara 6 negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Yugoslavia, cuma Serbia dan Montenegro je yang nak kekal. Kebanyakan negara yang dahulunya sebahagian daripada Yugoslavia masing-masing dah ada negara berdaulat sendiri. Kosovo je lagi yang masih lagi dikacau Serbia. Kita tengok lah nanti macam mana perkembangan diorang.


Balkan Sekarang - Selamat ke?


"Mak oii banyak nya perang, selamat ke nak pergi Balkan ni?"

Mungkin itu yang terngiang-ngiang di pemikiran korang. Tak dinafikan, di antara banyak-banyak kawasan Eropah, Balkan ni kawasan yang agak "volatile". Ethnic tension masih lagi wujud. Saya nasihatkan, janganlah pergi Serbia. LOL. Saya rasa agak awkward kot kalau korang jalan-jalan kat sana, especially untuk muslim yang pakai tudung. Ini persepsi sayalah. Sebab ethnic cleansing tu baru je terjadi dalam kita punya hayat, so memori kejadian tu masih fresh. Better elakkan lah ^^;; (lagipun tempat-tempat pelancongan yang femes kebanyakannya bukan kat Serbia pun)

Bosnia & Herzegovina dan Albania memang majoriti muslim, so I guess tak perlu risau pasal hostility dari orang-orang di sana. In fact, orang Bosnia sangat friendly! Setakat yang saya nampak, Croatia, Macedonia, Montenegro takde masalah. Saya pernah dengar ada pelancong Malaysia kena maki tiba-tiba di Croatia tapi saya rasa itu cuma isolated cases kot. Kalau dah bernasib malang terjumpa orang racist ni, mana-mana tempat pun boleh jadi. InsyaAllah kalau kita behave takde masalah.

Plitvice Lakes National Park, Croatia - wajib pergi!


Belajar Dari Sejarah


Secara jujurnya, saya jadi takut lepas melawat kesan-kesan peperangan dan baca kisah-kisah pembersihan etnik di Bosnia. Saya pernah melawat bekas penjara di Vietnam, lihat muzium perang di Australia, melawat war memorial di Sabah, etc2, tapi agenda perang dia lain (communisme, dictatorship, world war). Ya, kita belajar, tapi saya tak dapat nak relate sangat.

Apa yang berlaku di Bosnia dan Balkan adalah peperangan di antara kaum... jadi saya terus teringat Malaysia. Melting pot of cultures, dengan pelbagai bangsa dan agama yang tinggal di tempat yang sama.

Series sedih OK. Bayangkan jiran-jiran yang dulunya kawan kita, tiba-tiba jadi musuh. Bosniak kena bunuh di negara diorang sendiri. Bosnia & Herzegovina ni dia punya balance is a bit precarious. Majoriti memang Bosniak muslim, tapi cuma dalam 44%. Lagi 30%++ ialah Serb dan 15%++ adalah Croats. Orang-orang di Sarajevo mula-mula tak sangka langsung pihak Serb tu nak bunuh diorang, diorang ingatkan millitary training. Tiba-tiba kena kepung dan kena serang.

Bila tengok ahli-ahli politik yang suka mempermainkan isu agama dan perkauman, saya jadi risau. Mungkin keadaan kita masih jauh dari apa yang berlaku di Yugoslav Wars (harapnyalah). Tapi kita pernah mengalami peristiwa 13 Mei, yang berpunca daripada ahli politik yang mempermainkan isu perkauman.

Peace is possible. Perang Yugoslav tu dalam 10 tahun je. Tapi diorang aman lagi lama. Yang penting, kena ada equality dan takde makhluk-makhluk pentingkan diri sendiri.


Okay, sekian sahaja kisah sejarah dan bebelan kali ini.

Peace and out~



10 comments:

  1. awakkkk, boleh tak terangkan pasal sejarah bosnia herzegovina? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err panjang sangat tu kalau nak diterangkan semuanya kat sini.. huhu ^^;;

      Delete
  2. Salam nak tanya, kebanyakkan tempat di Balkan bersejarah ye?

    ReplyDelete
  3. Pantheon tu tak silap pernah jadi masjid ketika era pemerintahan uthmaniah

    ReplyDelete