Wednesday 3 May 2017

Balkan Trip: Greece

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Post kali ni saya nak cerita pasal Greece, salah sebuah negara yang saya lawati semasa mengikuti pakej Balkan 14H 11M dengan Shahmie Travel.

Saya tinggal di Greece selama 3 malam sahaja. 2 malam di Athens, 1 malam ni Kalambaka. Greece, siapa lah yang tak pernah dengar kan? Kalau korang pay attention semasa kelas sejarah tamadun dunia masa tigkatan 4, mesti pernah dengar pasal Acropolis, Parthenon, Agora, dan kalau belajar matematik dan sains, nama-nama cendekiawan Greek memang selalu muncul.


Old Temple at Acropolis



Athens


Kalau pergi ke Athens, memang tak sah kalau tak pergi Acropolis! "Acro" bermaksud "highest point" "polis" bermaksud bandar. Di sinilah terdapat kesan-kesan peninggalan tamadun Greek. Tempat ni terletak di atas bukit (tapi bukan bukit tertinggi di Athens), jadi pemandangan nya boleh tahan cantik lah. Just pastikan korang cukup stamina untuk memanjat, dan pakai kasut yang selesa ok?

Kalau di Acropolis, favourite saya mestilah Parthenon. Parthenon ialah temple yang dibina untuk Athena, goddess of victory. Dia ni dikira macam patron goddess untuk Athens la, sebab tu la nama bandar ni pun derive dari nama Athena.

Senibina Parthenon ni memang ikonik, dan dah ditiru oleh bermacam-macam bangunan lain di seluruh dunia. Tempat ni pernah jadi macam-macam. Semasa pemerintahan Byzantine dia jadi gereja, dan semasa pemerintahan Uthmaniyyah dia jadi masjid. Pernah jugak jadi stor penyimpanan bahan api, dan semasa di serang oleh musuh, canonball terkena pada stok bahan api di Parthenon dan menyebabkan sebahagian bangunan ni musnah.


Acropolis, seen from Lycabettus Hill

Di Acropolis juga ada beberapa bangunan lain seperti teater, gate, Old Temple, dan senibina yang dibuat oleh Rom semasa menakluk Acropolis. Kalau rajin berjalanan, boeh tengok kawasan lapang yang dipanggil Agora atau "market". Selain daripada menjadi tempat beli belah, kat sinilah orang-orang zaman dulu berpolitik dan bermanifesto... hehe.

Selain Acropolis, tempat-tempat lain yang biasa orang lawat ialah parlimen, Hadrian's Gate, dan Temple of Zeus. Temple of Zeus ni tinggal 12 ke 13 tiang je, bumbung roboh habis dah. Salah satu tiang dia dan terbaring di tanah selepas dipanah petir. Ironik kan... Zeus ni god of Thunder pastu temple dia jatuh dipanah petir. Hehe.

Kalau ada masa ekstra, boleh lah ke Lycabettus Hill. Mengikut tour guide saya, ini ialah bukit tertinggi di Athens, dengan ketinggian kira-kira 250m. Acropolis dalam 100m+ je. So kat sini, korang boleh nampak view yang best. Nampak city, Acropolis, dan Adriatic Sea. Kami naik pakai elevator, bayar 3 euro kot kalau tak silap. Kalau rajin, jalan kaki pun boleh. Hehe.



Kalambaka

 

Selepas 2 malam di Athens, kami bergerak ke Kalambaka. Jarak dari Athens - Greece lebih kurang 350km. Naik bas, campur dengan toilet break, etc, ada la dalam 6 jam. Kalau tak suka bas, boleh naik train jugak, perjalanan dalam 5 jam. Apa yang menarik di Kalambaka?

Jawapannya ialah: Meteora!

Meteora at Kalambaka





 Sebagai peminat Linkin Park masa zaman sekolah dulu, bila sebut je Meteora saya akan teringat album diorang Meteora. LOL. Dulu saya pernah google Meteora, konon nak tahu cerita lebih lanjut la disebalik nama album Linkin Park ni, dan terbaca pasal gereja-gereja di Meteora.

Meteora ni merujuk pada rock formations yang terhasil dikawasan ni. Macam di Cappadoccia juga, batu di sini terdiri daripada sandstone yang kira macam relatively 'soft' dan senang dibentuk oleh cuaca (air, panas, angin). Lama-lama terhasillah bentuk unik macam ni.


Monastery at Kalambaka


Zaman dulu-dulu, Christian monks & nuns yang nak mencari ketengangan dan refuge dari musuh datang ke sini. Dulu takde tangga, diorang rock climbing je, pakai tali. Awesome sangat. Untuk dapatkan supplies, diorang just pakai tali yang diikat dengan bakul dan diangkat pakai lever.

Kalambaka ialah antara bandar terdekat untuk korang melawat Meteora. Bandar ni dah wujud lama sebenarnya, tapi balik2 di musnahkan musuh, most recently semasa perang dunia ke-2 oleh Jerman. Nama Kalambaka ni sebenarnya daripada perkataan Turki (sebab pernah ditawan oleh Uthmaniyah). Maksud Kalambaka ialah powerful fortress.

 Info & tips


Currency: Euro
Timezone: GMT+2. Beza 6 jam dengan Malaysia, tapi masa summer, beza 5 jam je
Plug: Diorang pakai standard Europe punya plug yang 2-pin tu

Athens sangat ramai pelancong. Saya pergi hujung bulan 4, boleh tahan lah bilangan pelancong dia, kebetulan pulak long weekend masa cuti labour day. Acropolis tu sesak!

So, kalau dah ramai orang tu, korang kena berhati-hati dengan penyeluk saku. Dengar kata sangat common la, macam-macam dah orang warning. Ada orang Athens sendiri pun warning jugak masa kitorang berjalan-jalan tu.

Beg letak kat depan. Personally I would say avoid backpack and sling bag. Handbag kepit bawah ketiak tu lebih selamat, insyaAllah. Jadikan habit letak dompet kat bawah sekali, supaya susah nak dicapai. Masa saya di Italy dulu, pernah juga hampir-hampir jadi mangsa penyeluk saku. Tangan dia dah masuk beg saya dah. Tapi saya terperasan beg saya gerak, masa tu pakai sling bag. Syukurlah barang berharga kat bahagian bawah, susah dia nak capai kot di bawah botol2 dan sebagainya. Hehe.

Dari segi makanan halal, apparently susah nak cari kalau yang memang betul halal. Tour guide kami bawak makan di restoran Iran dan India. Restoran Iran tu jauh, tapi yang India tu dekat dengan area Acropolis. Kira kalau yang muda mudi ni boleh je jalan kaki. Nama restoran tu Namaste. Dekat tingkat atas ada ruang sikit, boleh la solat kat sana. Toilet pun bersih.

Namaste, Athens


Shopping kat sana boleh tahan lah. Kami shopping area Monastiraki street. Fridge magnet harga dalam 1 euro, kalau yang murah. T-shirt kami jumpa yang paling murah 5 euro (macam-macam design, sangat cantik!). Pastu ada banyak jual product from olive oil. Ada sabun, lotion, shower gel dan macam-macam lagi.



Strawberry murah dan sedap! 1.50 euro untuk setengah kilo. Buah strawberry diorang besar dan manis. Puas hati!

Orait rasanya tu saja untuk kali ni. InsyaAllah next time sambung lagi :)

Bye!



No comments:

Post a Comment