Sunday, 15 January 2017

Melancong ke Hanoi, Vietnam - tips, itinerari dan kos

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini saya telah melancong ke Hanoi. Pengalaman yang sangat menarik, terutamanya ketika melintas jalan. Hehe. Selain itu saya juga berpeluang untuk ke Halong Bay dan pertama kali bermalam di atas kapal!

The infamous Halong Bay



Trip kali ni saya pergi bersama kakak dan seorang kawan saya. Pendek saja trip ini. cuma  4 hari 3 malam. Ambil cuti 2 hari sebab tiada public holiday pun. Di sana, saya berpeluang merasai musim sejuk di Hanoi. Vietnam negara yang memanjang dari utara ke selatan. Ibu kota utara Vietnam ini mempunyai 4 iklim, tak seperti ibu kota selatan iaitu Ho Chi Minh yang beriklim tropika. Saya pun tak pernah sedar yang negara Asia Tenggara pun ada beriklim 4 musim.

Ada beberapa penting yang korang perlu tahu sebelum ke sana:

Cuaca


Pastikan korang bawa baju yang bersesuaian. Hanoi mempunyai 4 iklim, dan terletak di hemisfera utara, jadi waktu musim lebih kurang sama dengan negara US, UK, China, etc2. Musim sejuk sekitar Disember - Januari. Musim panas dalam bulan Jun - Julai. Around Mac musim bunga, around Oktober musim luruh. Nak tahu lebih lanjut boleh google weather forecast sendiri. Hehe.

Generally suhu musim sejuk pada waktu siang dalam 20 - 25 darjah celcius. Waktu malam boleh mencecah 15 darjah celcius di Hanoi. Kalau pergi Sapa lagi la sejuk (sebab atas bukit). So kalau pergi Hanoi masa musim sejuk, tak dapat la nak berenang kat Halong Bay. Bawa lah jaket sikit in case tak tahan sejuk. Tapi pada saya suhu dia macam aircond je. Nyaman2 gitu. Cuma, kalau bernasib malang nanti pergi Halong Bay suasana suram sebab banyak kabus/jerebu.

Musim panas sangat lah panas! Suhu boleh mencecah 40 darjah. So, erm, bertabah lah dan bawa air yang banyak.

Kat sana ada typhoon. So, silalah berhati-hati bila book tiket. Jangan pergi ke Hanoi waktu musim tengkujuh. Dulu pernah ada kes kapal cruise yang bawa pelancong karam. Saya pergi bulan Januari ni alhamdulillah cuaca cun! Winter ni bersamaan dengan musim kering katanya...


Lintas Jalan


First time saya jalan kat Old Quarter Hanoi, saya rasa tempat tu paling berserabut kat dunia =_= Motor banyak gile! Katanya bilangan motosikal kat Hanoi adalah separuh daripada jumlah populasi kat Hanoi. Erk.

Hanoi Old Quarter yang sesak


Kat sana diorang bawak kereta belah kanan. Terbalik dari Malaysia. So nak lintas tu hati2. Actually tak kisah lah korang di laluan belah mana pun, setiap kali nak lintas mesti tengok kiri & kanan! Sebab orang Hanoi ni tak peduli lane tu untuk orang arah mana. Banyak kali dah kitorang hampir-hampir nak dilanggar oleh motor yang tak ikut lane diorang. Dok sibuk tengok kanan, rupa-rupanya dari kiri pun ada motor datang. Kalau diorang rasa nak, diorang boleh je selamba badak drive kat tengah2 garisan divider jalan (seperti yang dilakukan oleh driver bas dan kereta yang kami naik).

Dan, motor2 diorang ni selamba je diorang parking kat pavement tepi jalan. So kadang-kadang tengah korang sedap2 jalan tetiba ada motor masuk parking. Cam hampeh. Dan diorang sangat-SANGAT suka pakai hon. Hon tu tak semestinya bermaksud diorang marah. Hon tu just untuk inform korang yang dia ada kat sebelah, belakang, atau pun nak memotong.

Visa


Orang Malaysia tak payah buat visa. Tapi sekali masuk boleh stay 30 hari sahaja.


Power Plug


Diorang ada banyak jenis power plug. Mostly diorang pakai jenis 2 pin tu. Kalau korang punya charger jenis 2 pin bulat tu, boleh masuk je tanpa adaptor. Ada juga sesetengah hotel pakai plug untuk 3-pin macam di Malaysia. Tapi, kalau nak selamat better bawa adaptor.


Airport Transfer


Saya ambil airport transfer dari hotel. USD 18/trip untuk kereta sedan, so muat maksimum 4 orang. Geng saya semua bawa beg tarik, jadi susah kalau naik bas ni. Lagipun, syukurlah kami naik airport transfer dari hotel,  sebab sampai hotel je terus dia kasi check in walaupun baru pukul 10 am camtu. Perjalanan dari airprt ke hotel dalam 45 minit.

Kalau nak naik bas, boleh rujuk wikitravel. Boleh naik bas no 7 atau no 17. Harga baru 5,000 Vietnamese Dong (VND). So dalam RM1. Perjalanan dalam 1 jam. Tapi disebabkan kami nak hassle-free dan sampai hotel awal (sebab nak jalan terus), kami decide je la ambil airport transfer walaupun harga berganda-ganda mahal. LOL.


Makanan Halal - D'Lions Restaurant


Hanoi ada beberapa restoran halal. Boleh rujuk website Have Halal Will Travel atau google saja. Setakat yang saya cari, mana-mana website pun mesti akan recomment D'Lions Restaurant. Restoran ni specialise in Malaysian & Singaporean food. Terletak di Cosiana Hotel, tak jauh dari stesen keretapi di Hanoi (terletak di jalan yang sama, just jalan ke arah utara untuk cari restoran ni).

Menu: rice

Harganya boleh tahan jugalah. Restoran di hotel lah katakan. Nasi goreng dia dalam range RM15 - RM20. Boleh take away dan delivery juga. Harga delivery dalam 20,000 - 30,000 VND (dalam RM4 - RM6), untuk ke kawasan Old Quarters.

Menu: noodle

Nasi dia saya tak minat sangat, sebab macam keras2. Tapi korang kena try mi diorang! Saya suka yang mi ikan tu. Tapi kalau dah ke Hanoi mestilah nak try pho kan. (sebutan: fa). Kakak saya order beef pho. Rasa macam mi sup daging. Hehe.


Accomodation


Saya tinggal di Hanoi Royal Palace 2 Hotel, terletak di Old Quarter. Harga dalam 30 - 35 USD/night untuk bilik biasa. Tambah 10 USD kalau nak tambah katil. Kalau nak jalan ke Hoan Kiem Lake cuma dalam 10 minit sahaja. Saya tinggal di sana pada malam pertama dan malam ketiga di Hanoi.

In retrospect, saya rasa bagus jugak kalau tinggal di Cosiana Hotel. Tempat tu terletak di luar kawasan Old Quarters. Tapi, tak jauh pun dari Temple of Literature dan Hoa Lo Prison. Dan berbanding dengan Royal Palace 2, kedudukan dia dekat sedikit dengan Ho Chi Minh Mausoleum. Lagipun ada restoran halal. Hihi.

Itinerari & Kos


Day 1


8am: Tiba di Hanoi

11am: Sightseeing Hanoi

Temple of Literature (a.k.a Temple of Confucius), universiti pertama Vietnam ditubuhkan tahun 1070. Bayaran masuk: 30,000 VND (dewasa). 15,000 VND (student. Sila bawa student card. Student part-time master macam saya pun dapat diskaun)

Hoa Lo Prison, tempat tahanan pejuang Vietnam yang menentant penjajahan Perancis & tempat tahanan askar US semasa Perang Vietnam. Bayaran masuk: 30,000 VND (dewasa). 15,000 VND (student)

Hanoi Police Museum. Basically muzium yang ada tunjuk pakaian polis, pangkat-pangkat, jenis-jenis polis, dan contribution diorang dari zaman penjajahan Perancis. Bayaran masuk: free

3pm: Makan lunch D'Lions Restaurant. Balik ke hotel. Rehat.

7pm: Jalan-jalan Night Market. Terletak berdekatan dengan Hoan Kiem Lake.


Day 2


8am: Pick-up ke Halong Bay. (p/s: Saya ambil pakej dengan Viet Lotus, harga USD 139/pax)

12pm: Sampai ke Marina. Terus masuk ke dalam kapal. Check-in ke kabin masing-masing. Briefing & lunch.

2pm: Melawat ke Amazing Cave (Hang Sung Sot).

4pm: So-called top deck 'sunset party'. Melepak di atas kapal sambil tunggu sunset. Siapa nak mandi boleh la mandi laut coz bot tengah berlabuh di lagoon air tenang. Kedalaman dalam 4 meter je.

8pm: Dinner. Aktiviti bebas. Boleh candat sotong. Kalau dapat diorang boleh masak kan. Boleh melepak kat top deck, ada muzik kuat (sebab tu kot sotong tak berani datang dekat). Tido pun OK.

Top deck kapal yang kitorang naik. Port bagus untuk melepak :D

Day 3


6.30am: Tai chi session kat top deck. Kalau awal sikit boleh tengok sunrise (bergantung pada cuaca)

7am: Breafkast.

8am: Lawat 'floating village'. Boleh kayak atau naik bot yang orang tempatan tolong kayuh (free, dah termasuk dalam harga pakej).

9am: Check out dari kabin. Boleh lepak2 ambil gambar atau tengok 'cooking demonstration' oleh chef. Dia ajar cara buat springroll. Inti pork tapi =_=

12pm: Balik ke Marina. Naik bas balik ke Hanoi.

5pm: Sampai Hanoi. Jalan-jalan ke Hoan Kiem Lake.

6.30pm: Tengok Water Puppet Show. Harga tiket: 100,000 VND. Takde student price :(

8pm: Sambung shopping, lepak di cafe (minum egg coffee).


Day 4


6.30am: Bertolak ke airport.

9am: Flight balik KL.


OK itu saja kali ini. InsyaAllah jika diberi kerajinan dan dipanjangkan umur saya akan update lagi dengan lebih detail. Kbai!

No comments:

Post a Comment