Saturday 17 September 2016

Perhentian Diving Trip - Part 2. The dives.

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Setelah sekian lama saya tak tulis apa-apa pasal diving, akhirnya baru muncul balik diving-related post. Huhu. Sebab memang dah lama saya tak diving pun. Kelakar kan. Dulu sebelum kahwin selalu diving. Lepas dah kahwin makin jarang diving. Dah la kahwin dengan Divemaster =_=

Anyway.

Kita sambung cerita pasal Perhentian. Kali ni fokus pada diving sahaja :D

The sunken ship, Sugar Wreck, Perhentian




Turtle Bay Divers


Kami dive dengan company Turtle Bay Divers. Pada saya diorang ni kira bagus lah. Responsible divers. Staff nya, dari yang saya nampak, lagi ramai orang putih dari orang Malaysia. Saya perasan kat Perhentian memang macam ni. Foreigners outnumber locals. Saya rasa diorang suka betul kot Perhentian ni. Mana-mana kami pergi pun rasa macam golongan minoriti. Hahaha!

Kami jumpa company ni di Malaysia International Dive Expo (MIDE) di PWTC pada bulan Julai yang lepas. For more details, boleh tengok page diorang:

FB: https://www.facebook.com/turtlebaydivers93/
Website: https://turtlebaydivers.com/home/

Saya tertarik dengan harga pakej diorang. Hehe. RM550/pax untuk 3D2N and 5 dives. Harga termasuk penginapan, transport pergi balik ke pulau, dan equipment rental.


Setiap group ada sorang divemaster dan terdiri daripada maksimum 4 orang diver sahaja. So group kecil. Saya suka ni.

Diorang akan bagi penerangan untuk setiap dive. Penerangan diorang jelas, dan diorang akan bagi peringatan setiap kali tentang bahaya-bahaya yang korang akan jumpa (mostly Titan triggerfish dan kadang-kadang ada arus kuat). Setiap kali diorang akan refresh signal (which is very important to me, sebab dah tak diving lebih setahun).

Equipment diorang bagus, tak de masalah. Cuma, saya rasa diorang punya udara dalam tangki tu ada bau sikit..? Tapi mungkin perasaan saya kot. Saya selalu terasa macam udara dalam tangki ada bau2. Alhamdulillah lepas diving OK je, tak de sakit apa pun. Hehe.

Dari dive center nak ke bot kena jalan sendiri dan angkat sendiri semua equipment termasuk tangki. Hehe. Jarak dalam 40 meter jugak kot. Kat Sabah dan Bali, saya dah biasa dimanjakan, orang lain yang angkatkan tangki ke dalam bot siap2. So saya struggle juga lah mengangkat tangki nak pergi bot tu :p

Pergi ke dive site naik bot yang kecil, muat dalam 12 orang je. Agak crowded. Diorang biasa buat backroll entry. Lepas habis dive, nak masuk dalam bot takde tangga. Kena guna kekuatan diri untuk masuk ke dalam bot. 4 out of 5 dives, saya terpaksa minta pertolongan husband saya untuk angkat saya masuk bot. Kah kah! (bikin malu)

Lepas habis diving, kena bawa balik semua equipment ke dive center. Kena tukar sendiri tangki. Dan kena cuci sendiri equipment. Kalau tak pandai, boleh minta diorang tolong. Saya ni tak berapa ingat dah camna nak cuci equipment. Dulu semua husband saya yang selalu buatkan. Hmmm diver yang tak responsible sangat :p


Dive Site 1: Batu Layar @ Sail Rock


Batu Layar, Perhentian


Generally tempat ni kira senang juga lah. Takde current. Kedalaman maksima saya pergi dalam 17.6 meter. Ada banyak coral yang masih berada dalam keadaan yang bagus. Visibility masa saya pergi tu tak berapa ok, dalam 12 meter je. Masa ni saya tengah struggle dengan mask baru saya yang balik2 fogging. Hampeh! Nyesal tak bakar bagus2... huaaa T__T

Apa yang ada? Hmm maybe yang paling exciting ialah penyu. Ada green sea turtle. Saya ada nampak batfish yang boleh tahan besar jugalah. Sepatutnya ada barracuda, tapi, saya tak jumpa pun. Hm. Ada shrimp kecik. Yang lain-lain tu macam biasa: angelfish, clownfish, wrasse, stone fish, pufferfish, etc2.

Saya dan ikan buntal. Hehe.


Dive Site 2: Sand Ray Alley


Sand Ray Alley, Perhentian

Erm. Bagi saya takde apa sangat yang menarik di sini. Lagipun maybe masa tu saya dah penat, so tak rasa excited sangat. Ye lah, mana taknya, dah bangun pagi pukul 2am, drive ke Besut, pastu sampai pulau terus dive. Waktu tu dah pukul 4 pm lebih. Pancit sudah.

Kat Sand Ray Alley kami dive dalam 60 mins. Terasa lama gile. Dalam kepala dok fikir, bila la Divemaster ni nak bawak kitorang naik. Hahaha. Kedalaman maksimum dalam 17 meter juga.

Antara yang korang boleh tengok kat sana... ialah ikan pari. Saya ada lah nampak sekor dua pari. Ikan pari biasa tu, blue-spotted ray. Tak excited pun nampak. Hahaha :p

Tapi, personally yang saya paling perasan ialah kat sana ada banyak crown of thorns! Eeeek. Kalau korang nak tau diorang ni spesis tapak sulaiman yang makan corals. Ada yang mengatakan diorang ni bertanggungjawab ke atas kemusnahan banyak corals di Great Barrier Reef. Tapi, sebenarnya salah diorang ke salah manusia. Ooops. :p


Crown of thorns
Sila jangan menggatal nak pegang diorang ni. Berbisa ok! Tapi tengok lama2 rasa cam cantik jugak.


Dive Site 3: Tokong Laut @ The Pinnacle


Tokong Laut, Perhentian

The Pinnacle, antara tempat dive paling terkenal kat Perhentian. Lokasi yang agak jauh dari pulau, kalau pergi ambil pakej a-la-carte, mahal sikit kena bayar untuk dive area sini. Hari ke-2, kami dah refreshed, so excited sangat nak pergi sana!

Lokasi jauh ke tengah laut bermaksud arus juga sedikit kuat. Kami pergi sana awal pagi, dalam pukul 9.30am. First time saya turun pakai 'line'. (ie: ada tali yang korang boleh berpaut untuk turun ke dasar laut). Biasanya tali ni cuma diperlukan untuk tempat yang ada arus kuat. Korang kena berpaut pada tali untuk elakkan korang hanyut on the way nak turun ke bawah. Lepas dah sampai ke bawah, biasanya arus dah kurang sikit, baru boleh menyelam sendiri.

Secara jujurnya, walaupun tempat ni agak cantik, tapi saya rasa terlalu crowded. Bak kata husband saya, dah macam pasar malam (exaggerated je tu). Maybe sebab tempat ni terkenal sangat kot. Mungkin juga sebab arus terlalu kuat, so kebanyakan penyelam terpaksa duduk di kedalaman dan spot2 tertentu, tak boleh pergi jauh-jauh sangat. Jadi akibatnya semua berkumpul di tempat yang sama.

Bottom time dalam 60 mins juga. Saya kurang sikit ambil gambar kat sini, tapi saya banyak ambil video. Apa yang saya paling ingat di sini ialah sekor white-eyed morray eel yang sangat2 'friendly'. Biasanya morray eel ni suka menyorok dalam lubang. Dapat ambil gambar kepala dia je. Tapi kali ni morray eel tu berenang2 kat laut. Dia dok kacau dua ekor batfish. Tak tahu jugalah kenapa nya...




Dive Site 4: Sugar Wreck

The line leading to Sugar Wreck

This is my personal favourite! Sugar Wreck ni merupakan sebuah kapal yang telah tenggelam pada tahun 2000. Baru dalam 16 tahun, so corals tak berapa banyak lagi lah kat sana. Tapi, ikan dia... masyaAllah, belambak2! Kapal ni dulu bawa gula, sebab tu lah dinamakan "Sugar Wreck".

Tempat wreck ni agak jauh juga lah, kira hampir2 pertengahan jalan di antara Pulau Perhentian dan mainland. Lokasi bangkai kapal ni tak berapa dalam, dalam 17 meter sahaja. Nak turun perlukan 'line' juga, sebab arus agak kuat masa tu. Tempat ni sangat menarik, saya sangat-sangat berharap visibility bagus. Tapi malangnya keadaan masa tu tak berapa bagus. Ada sesetegah tempat visibility dalam 5 meter saja. Tempat yang terang sikit boleh nampak dalam 10 meter.

Kat sana ada giant trevally, yellow-tail barracuda, lionfish, dan pufferfish gemuk2. Pastu ada banyak ikan kecik2, beribu2 lemon. Boleh tengok gambar kat atas. Betapa banyaknya ikan kecik-kecik kat sana.

Saya generally sangat suka diving di kapal yang dah tenggelam. Biasanya memang awesome. First saya diving di ship wreck, masa di Mataking. Kapal tu kecil je, kapal nelayan. 2nd time di Bali, kapal besar gedabak masa perang dunia ke-2. Sangat2 ancient, tapi disebabkan terlalu besar, bila ambil gambar tak nampak sangat rupa kapalnya. 3rd time ni Sugar Wreck, saiz sederhana. Ngam untuk ambil gambar. Malangnya visibility pulak tak bagus.

Sugar Wreck, Perhentian
Boleh tengok kat gambar ni, ada tingkap kapal tu, ada tangga. Tapi dah senget, kapal ni kiranya karam ke belah sisi badan dia. Ada bilik enjin, kabin, bilik kapten. Tapi tak digalakkan untuk masuk ke dalam kapal ni dah. Sebab kapal ni dah patah dua. Struktur dia dah tak stabil.

Sugar Wreck lagi

Kat sini boleh nampak lagi tiang-tiang kapal tu. Boleh tahan besar juga lah kapal ni. Saya pun tak dapat bayangkan macam mana sebenarnya rupa kapal ni sebelum tenggelam. Kan best kalau boleh masuk dalam. Wuuu. Tapi arus agak kuat, ada sesetengah tempat tu saya rasa struggle juga lah nak berenang kat sana.

On the way nak naik dan turun, dekat dengan line tu, ada banyak obor2 kecik2. Kena mulut sakit! Macam kena sengat dengan serangga kecik2. >.<

But all in all, it was still my favourite!


Dive Site 5: Tanjung Basi


Warning! Trigger fish breeding ground!

Anemone fish @ Tanjung Basi

Erm ini lah dive site yang saya paling tak suka. Actually visibility dan current kat sini OK. Kami dive dalam sejam lebih. Tapi awal-awal lagi masa briefing Daniel (Divemaster) dah bagitahu tempat ni banyak Triggerfish. Saya terus macam... *gulpp*

Ya Allah memang banyak gile OK! Saya pernah jumpa sekumpulan Triggerfish juga di Sipadan, tapi diorang ni spesis Triggerfish yang baik. Dekat sini spesis Triggerfish yang ganaz! Ada baaanyaakkkk ekor Titan triggerfish kami jumpa. Termasuk dengan yellow margin triggerfish, memang ada lebih 20 ekor triggerfish kami nampak kat sini! T__T

Untuk non-divers atau divers yang kurang berpengalaman, mungking korang rasa triggerfish ni biasa je. Shark lagi menakutkan. Tapi, bagi saya, diorang ni lagi scary! Titan Triggerfish ni adalah spesis ikan yang sangat territorial. Diorang akan melindungi sarang diorang dari sesiapa yang mengancam, especially kalau diorang tengah ada anak/bertelur. Diorang punya gigi sangat kuat (sebab diorang makan coral yang keras) so kalau titan triggerfish ni menggigit, boleh berlubang daging korang ye.

Dan, nak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak Triggerfish yang kami jumpa tu, sekor ni decide untuk serang kami. Waaaa. T__T Nasib baiklah dalam group kami ni ada 2 jejaka yang berani. (Daniel dan husband saya). Diorang la yang tolong halau/lawan Titan triggefish tu. Saya rasa macam nak panik dah, macam nak terus berenang ke surface dan naik bot. Huhuu.

Tapi jangan berenang ke surface! Actually, triggerfish akan serang sesiapa yang masuk territory diorang horizontally. So, kalau korang kena serang dengan triggerfish, korang kena berenang menjauhi diorang ni secara horizontal (ie: stay dalam air, pada kedalaman yang sama, tapi menjauhi diorang). Kalau korang naik ke surface (berenang secara vertical), triggerfish ni anggap korang still dalam territory diorang dan akan berenang ke atas untuk serang korang. (Sebab tu lah ada orang2 tengah snorkeling yang tak bersalah tiba-tiba kena serang dengan Triggerfish). Dan jangan lupa juga betapa bahayanya naik ke permukaan air dengan terlalu cepat tanpa safety stop! Nanti dapat decompression sickness susah.

Diver & Turtle

Selain triggerfish, kat sini kami ada juga jumpa nemo, penyu (Hawksbill turtle), dan ikan pari (blue spotted stingray). Dan kat sini kami jumpa seekor remora yang balik-balik ikut kitorang, nak melekat kat badan kitorang kot.



All in all, saya rasa Perhentian ni kira OK lah juga. Dive site di sini definitely lagi cantik daripada Kota Kinabalu. Hehe. Tapi, memang kalah kalau nak dibandingkan dengan Semporna. Saya rasa dari segi marine life dan visibility, Redang lagi bagus. Tapi maybe sebab saya pergi dekat musim tengkujuh kot? Saya suka Perhentian punya ship wreck, tapi kalau nak banding dengan pari gergasi dan morray eel gergasi yang saya jumpa di Redang, marine life di Perhentian ni macam biasa2 je... Hihi.


Itu saja dari saya kali ni. Semoga bermanfaat!



No comments:

Post a Comment