Tuesday 12 July 2016

Raya di perantauan - Pulau Mantanani

Assalamualaikum & salam sejahtera!

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum. Minal aidil wa faizin.

Ok panjang nya muqaddimah. Sebenarnya post kali ni memang nak fokus pasal raya je. Hehe. Tapi raya kali ni spesyel sikit, sebab saya beraya di rumah mak mertua. Nervous ok, first time beraya kat rumah mertua! Yang bestnya rumah mertua saya kat Pulau Mantanani! :)

Raya by the beach!




Ni kiranya baru kali ke-2 saya beraya jauh dari mak ayah sendiri. Huhu. First time dulu di UK, beraya dengan kawan-kawan masa belajar. Memang lain beraya di negara orang. Takde cuti pun untuk hari raya, tapi saya ponteng kelas. Hehe.

Raya kali ni pun lain. Walaupun diorang ni orang Malaysia jugak, tapi cara diorang sambut raya tak macam orang kat kampung saya la. Kita biasanya kalau fikir raya akan ingat makan makan makan dan makan! Kat sana tu takde la beria sangat makan-makannya. Lebih kepada jalan-jalan melawat saudara, makan kuih sikit2 je. Tak banyak pun rumah yang hidangkan rendang. Lemang takde, ketupat pun takde. Nasi impit je yang saya dapat makan. Huhu.

Mungkin mak mertua saya harapkan saya untuk buat ketupat, tapi saya tak pandai! Hahaha. Kampung saya tak masak ketupat, kitorang selalu buat lemang. Nak buat lemang susah kat sana, takde buluh, Tapi saya ada lah buat kan rendang untuk mak mertua saya. Itupun pakai perencah ready-made.  Ooops pecah rahsia :p


Balik kampung


Nak balik kampung saja pun dah jadi satu cabaran! Bukan sebab traffic jam macam kat semenanjug ni. Tapi masalah lokasi pulau tu. Huhu. Sampai dari KL, kena bermalam dulu di Kota Kinabalu, sebab petang-petang bot pergi pulau dah takde.

Macam biasa lah, saya selalu naik bot pelancong. Nasib baik family husband saya ramai yang kerja di tempat pelancongan. So, senang sikit nak tumpang speedboat. Sampai sekarang saya tak pernah lagi naik bot orang kampung. Huhu. Takde peluang lagi.

Bertolak dari Kota Kinabalu awal pagi, dalam pukul 8am. Singgah sekejap kat Kota Belud, beli air. Apparently kat rumah mertua saya sekarang ni ada problem untuk dapatkan air tawar. Air perigi diorang tiba-tiba jadi masin. Kena dapatkan air dari rumah saudara mara. Kesian betul. Dalam jam 9.30 pagi, kami tiba di jeti.


Nak pergi Pulau Mantanani ada dua jeti utama: Kuala Abai dan Rampayan Laut. Kali ni saya naik di Rampayan Laut. Kuala Abai lebih dekat dengan Kota Belud, tapi jauh sikit dari pulau, so naik bot lama sikit la. Rampayan Laut pulak dekat sikit dengan pulau. Kalau naik bot kampung biasanya naik di Rampayan Laut sahaja.


Naik bot dalam 45 minit - 1 jam. Jeti terletak kat kawasan paya/muara, di Sungai Nanamun. Tempat ni actually terkenal juga untuk trip tengok proboscis monkey dan kelip-kelip. Bot akan merentasi paya dalam 10 minit, baru sampai ke laut. Dah sampai laut tu, bersedialah untuk terhentak-hentak (kalau ombak besar). Hehehe.


Beraya!


Sambutan dah start dari malam raya. Budak-budak main mercun, main bungai api. Saya pulak berkaraoke kat rumah pakcik husband saya. Hehehe. Bestnyeee. Kat kampung saya kitorang takde hiburan2 begini. Raya kat kampung saya skema2 je. Main mercun pun tak berapa sangat, ayah saya tak kasi. Saya pun tak suka main mercun, bising, tapi bila diorang pakai mercun yang cantik macam fireworks show tu saya pun tumpang la tengok :p

Saya bangun awal pagi tu. Pukul 3 pagi ada orang ketuk rumah minta blender. LOL. Lepas terjaga tak dapat lelap mata dah. Pukul 4 kami start masak rendang, ayam masak merah dan nasi impit. Solat raya kat sana start dalam pukul 8 pagi. Awal sikit, sebab kat sana Subuh pun masuk awal kan. Lepas solat raya, kami melawat kubur arwah nenek suami saya. Lepas tu baru start melawat sedara mara.

Untuk hari raya, elektrik ada sampai tengah hari. Yay! Spesyel sikit, sebab biasanya, elektrik ada malam-malam je. Dah ada elektrik ni, boleh la berkaraoke lagi. Hahahaha!

Hantu karaoke ni 2 orang. Hehe


Saya rasa ini lah first time saya beraya tak makan banyak. Hehe. Kebanyakan rumah hidangkan kuih-kuih raya je. Dalam pukul 12 tengah hari tu orang dah start duduk rumah masing-masing atau lepak tepi pantai. Petang tu memang takde dah sesapa yang beraya rumah orang. Pastu dalam pukul 1pm, elektrik pun takde dah. Sobs. That's the end of raya (in its traditional sense).

Tapi malam tu, ada balik sambutan raya. Hehe. Sambung beraya di rumah pakcik yang lain, dan sambung sesi karaoke di rumah pakcik tersebut. Dan di situ lah jugak saya dapat satu-satunya duit raya untuk tahun ni. LOL.


Football league


Di Pulau Mantanani, dah jadi tradisi setiap tahun untuk adakan perlawanan bola sepak, bermula dari hari raya ke-2. Orang kampung turun padang beramai-ramai untuk tengok. Tahun ni, perlawanan bola sepak ditaja oleh Palm Beach Resort.

Tahun ni, bukan saja orang pulau saja yang main, ada juga team dari Kota Belud dan Kudat datang join. Meriah betul! Untuk lelaki ada 20 team, perempuan ada 6 team. Husband saya pun ikut main juga. Hehe. Mungkin diorang semua demam bola gara-gara EURO 2016 ni.

Team husband saya. Tak cukup orang, lambat datang padang ^^;;


Saya tak sure berapa hari exactly diorang main. Saya balik Kota Kinabalu hari raya ke-4, masih lagi belum habis perlawanan bola diorang. Kalau tak salah macam hari raya ke-5 baru habis. Hehe. Boleh tahan lah diorang.


Seafood-hunting


Husband saya cakap selalunya raya dia dengan sepupu-sepupu diorang akan ber-BBQ kat pantai. Tahun ni kami takde buat pun. Ramai yang tak balik katanya. Tapi saya dan husband saya sempat pergi cari siput laut - orang sana panggil kahanga. Sepupu husband saya pulak pergi cari sotong kurita.

Our catch! 17 ekor kahanga :D


Nak cari kahanga ni kena skin dive. Diorang hidup di dalam laut tempat cetek2 je. So boleh naik kayak, dan cari sambil snorkeling. Sambil snorkeling cari kahanga tu alhamdulillah, kami dapat jumpa penyu, morray eel (yang masih kecik), starfish, porcupine fish, dan macam-macam lagi lah! Saya nampak ketam, besar jugak. Teringin nak tangkap tapi takut kena sepit. Hahaha.

Kali ni saya tak bawa underwater camera, so takde gambar dalam air. Sorry. Tapi memang syok lah cari kahanga ni! Kami cari masa sunset, sempat juga tengok sunset dari laut.

Nak cari sotong kurita kena keluar malam, sebab diorang ni senang tertarik dengan cahaya lampu. Lagipun malam-malam ni diorang tak nampak sangat. Cahaya lampu yang kita suluh kat diorang pulak boleh jadikan diorang silau dan senang ditangkap, kata husband saya.

Tapi saya tak dapat join trip cari sotong kurita. Husband saya tak kasi. T_T



Pemandangan dari tempat lepak feveret saya. Nampak Mt Kinabalu :)

Saya tinggal di pulau 6 hari. Beraya separuh hari je. Hehe. Bersyukur juga lah. Kalau di kampung saya, beraya banyak hari, orang datang rumah tak putus-putus, masak air, basuh pinggan pun tak putus-putus. Kat sana basuh pinggan banyak pun waktu 1st day raya je. Pastu tengok bola, karaoke, malam-malam tengok bintang (boleh nampak buruj Scorpio, Marikh dan Zuhal dengan jelasnya), siang2 lepak-lepak tengok laut, tidur di buaian tepi pantai... macam pelancong. Kah kah!

Dengan kata lain, saya bersyukur dan hepi beraya walaupun tak dapat makan lemang.



OK lah tu saja perkongsian kali ni. Esok saya dah kerja. Saya still tak dapat terima hakikat ni. Wuuuu.

Till next time!



No comments:

Post a Comment