Saturday 11 June 2016

Kenangan Eropah: My top 10 Part 1

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Kali ni kita berbalik kepada Eropah. Dulu masa belajar kat United Kingdom, saya berpeluang berjalan ke 10 buah negara Eropah (selain daripada UK) sepanjang saya 4 tahun kat sana.

EUROPE

Kalau nak berjalan ke semua sepuluh negara mungkin susah la kan, kalau jalan dari Malaysia. Tinggi ongkosnya. Di sini saya nak senaraikan saya punya favourite ranking, in case korang nak pilih negara-negara tertentu. Hehe. P/s: Ini saya punya personal preference lah, so kalau tak setuju tu jangan kecam saya :p


By the way, senarai ni tak termasuk UK ye. Saya tinggal kat UK 4 tahuh, dah pusing macam-macam tempat, of course lah saya paling suka UK. Haha. Bagi saya kalau pergi Eropah, rugi lah kalau tak pergi ke negara yang pernah menguasai sebahagian besar dunia ni. So, ini cuma ranking untuk negara-negara selepas UK, (which is the indisputable no. 1) okeh?


No 10: Luxembourg




  • Ibu Negara: Luxembourg City
  • Matawang: Euro
  • Bahasa: Bahasa Luxembourg, Jerman, Perancis
  • Saya pergi sana tahun 2008
OK negara ni sangat kecik dan takde laut. Honestly, saya kat tempat ni sekejap je, so tak sempat sangat nak kenal betul-betul negara ni. Tapi saya ada berjumpa dengan orang tempatan yang langsung tak friendly dekat tourist, so menyebabkan impression 'orang Luxembourg sombong' mempengaruhi fikiran saya. Hehe. So ini adalah pendapat yang bias.

Tapi, apa yang saya paling suka dengan negara ni ialah struktur muka bumi yang banyak gunung dan lokasi kubu Luxembourg City yang terletak di dalam gunung. Tempat ni terletak di atas cliff tinggi, dengan lokasi yang sangat strategik sebagai pertahanan untuk menentang musuh.

Luxembourg. Fortress City

Sebahagian tempat kat situ tersenarai sebagai UNESCO World Heritage Site. Kat sana ada istana jugak, the Grand Ducal Palace. Pemandangan dari atas kubu tu sangat cantik! Nampak lembah, sungai dan rumah penduduk ala-ala movie zaman dulu-dulu. Sambil jalan dalam cliff, korang boleh tengok pemandangan kat luar. Sangat awesome. Saya tak sure kat tempat lain ada ke tak kubu dalam cliff, tapi inilah satu-satunya kubu dalam cliff yang saya pernah lawat, and it was impressive.


View from the inside of a cliff


No. 9: Belgium



  • Ibu Negara: Brussels
  • Matawang: Euro
  • Bahasa: Bahasa Belanda, Perancis, Jerman
  • Saya pergi sana tahun 2008


Erm, Belgium pun dapat tempat 2nd last ni sebab saya bias. Hahaha. Kat sana saya kena pau dengan pakcik yang menyamar jadi patung Vincent Van Gogh. Selain tu, saya terasa macam sangat unimpressed dengan "Manneken Pis" setelah penat berjalan nak cari patung budak kecik tengah kencing ni. Bila dah sampai saya macam... "Erm ok. It's the statue of a pissing boy. So what?" Walaupun dah dengar sejarah patung tu pun saya still lagi terasa unenlightened dan totally not interested... =_= (maybe sebab penat jalan dan tertipu dengan pakcik patung Van Gogh tapi nampak tu je. Hahahaha)

Manneken Pis


Sebelum cakap banyak lagi nak kasi tips sikit. Kat Eropah ni memang banyak orang yang pakai kostum dan minta duit untuk ambil gambar dengan diorang. Ada yang jujur, dah setujui satu harga ni, dia akan keep to his words. Ada yang macam pakcik yang kenakan kitorang tu. Mula-mula dia kata 1 euro je ambil gambar dengan dia, as in 1 euro untuk kami 5 orang kongsi ramai-ramai. Pastu dia ubah fikiran pulak, minta 1 euro setiap sorang. Pastu berkeras tak nak kasi kitorang chow sampai la kami kasi duit. Pastu untuk tarik perhatian korang dia akan cakap la "Selamat Pagi" ke,  sebut "Kuala Lumpur" ke. Hehe. Tu taktik diorang la. 

Kat Brussels ni ada Mini Europe. Ada mini version semua bangunan-bangunan femes kat Eropah. Boleh la pergi ambil-ambil gambar. Kat sana juga ada Grand Place (bangunan lama yang cantik), Atomium (bangunan besi bentuk macam molekul), dan kalau berminat sila lah beli diorang punya coklat dan waffle. Sangat terkenal dan dikatakan sangat sedap. 


No 8: Czech Republic



  • Ibu Negara: Prague
  • Matawang: Czezh Koruna
  • Bahasa: Bahasa Czech
  • Saya pergi sana tahun 2010


OK another city yang dapat ranking bawah-bawah disebabkan personal experience. Hehe. Waktu tu saya pergi dengan kawan saya, kami jalan berdua je. Tapi tiba-tiba dia jatuh sakit kat sana. Saya rasa kesian kat dia dan tak syok jalan sorang2. Tapi saya teringin gak nak jalan, sebab kami duduk sekejap je, kalau tak jalan rugi. Kalau jalan pulak rasa guilty. Hahaha. So sambil jalan sambil rasa guilty, tak dapat nak menghayati.

Charles Bridge

Anyway, Prague ni bagi saya, sangat lah... Medieval. Saya duduk sana sekejap je, so tak sempat la nak jalan sangat. Tapi hampir semua nya bangunan tua bersejarah. Prague Castle pun nampak sangat Medieval. Saya tak ingat sangat kecantikan bangunan castle tu, tapi apa yang saya ingat ialah dia punya dungeon area. Hahaha. Kat situ diorang ada tunjuk macam-macam alat yang pernah digunakan untuk menyeksa orang. Tak menyeronokkan, and that's the bit that get stuck in my brain :(

Tapi Prague ni sangat cantik ok! Prague Castle terletak kat atas bukit, dan view dia sangat lah cantik. Charles Bridge pun cantik, dan ada banyak rang jual karya seni. Cuma, saya pergi sana selepas saya dah pergi tengok negara-negara Eropah lain, dah tengok berpuluh2 castle, dah tengok macam-macam bangunan lama. So saya rasa macam... "Oh ok, sama je dengan kat xxxxx."


Prague City
The most unique thing yang saya buat kat sana ialah pergi tengok orchestra kat bangunan lama! Walaupun bukan full orchestra, sebab full orchestra tak de yang tarikh available. Saya pergi ke Smetana Hall, di Municipal House. Duduk dalam hall tu terberangan terus Phantom of the Opera. Haha :p


Smetana Hall, Prague, viewed from my "cheap" seat :p



No. 7: Belanda 




  • Ibu Negara: Amsterdam
  • Matawang: Euro
  • Bahasa: Bahasa Belanda (Dutch)
  • Saya pergi sana tahun 2008


Belanda, the Netherlands. The biggest impression yang saya ada untuk tempat ni ialah Keukenhof. Keukenhof ialah sebuah taman bunga, dan merupakan antara taman bunga terbesar di dunia. Ada macam-macam jenis bunga tulip! Tempat ni cuma boleh dilawati selepas musim bunga je ye.

Keukenhof

Selain tu, memori yang paling saya ingat tentang Belanda ialah the infamous red light district. :p Ada kawan saya yang pergi dia punya Sex Museum. Haha. Whatever la kan diorang ni. Selain tu, kalau yang berani, boleh cuma marijuana. It's legal there. Tapi dadah haram dalam Islam kan... so tak yah la. 

Ada apa la kat Red Light District tu? Hahaha. Meh nak cite sikit. Saya pergi sana sekejap je ye, jalan-jalan je, takde ambik mana-mana 'perkhidmatan' pun. Lol. Kat sana ada banyak kedai, macam kedai baju yang ada patung dengan pakaian kat dalam pedestal berkaca tu. Tapi instead of ada patung, ada perempuan dengan berbaju seksi buat pose2 gedik. Kalau ada customer diorang akan tutup langsir. Hmm dunia, dunia. Astaghfirullah.

Windmill di Belanda


Selain tu, korang boleh pergi ke Volendam yang ada banyak kincir angin. Kat sini lah korang boleh ambik gambar dengan perempuan pemerah susu macam logo Dutch Lady tu. Hehe. Belanda sangat impressive, dengan bentuk muka bumi buatan manusia, 'dike' dan 'waterways' yang dibina untuk mencegah banjir. Sebab lokasi diorang ni rendah sangat, kalau air naik senang tenggelam. Kena pergi sana untuk tengok sendiri kehebatan dan kecantikan tempat diorang ni. Hehe.



No. 6: Sweden


  • Ibu Negara: Stockholm
  • Matawang: Swedish krona
  • Bahasa: Bahasa Sweden (Swedish)
  • Saya pergi sana tahun 2008

Well. I love Sweden. Bagi saya negara ni sangat-sangat forward-thinking, dengan indeks pencemaran udara antara yang terendah di Eropah. Sebab rakyat dia suka naik basikal. Rakyat dia sangat open-minded dan open to all cultures, dan saya tak jumpa masalah Islamophobia pun sepanjang kat sana. Ini juga lah satu-satu nya negara Scandinavia yang saya pernah pergi. Dan saya pergi sana masa musim panas. Jalan pukul 9 malam pun langit still cerah. Tengok sunset dalam pukul 9.30pm. Hehe, hebat kan?

Honestly, saya sebenarnya tak plan pun nak pergi Sweden ni. Pergi pun sebab ada senior ajak jalan-jalan lepas exam, dia ajak pun masa tengah exam study leave. So, kami tak sempat nak plan betul-betul dan cuma pergi ke area Stockholm saja. Dah balik baru lah tahu rupa-rupa nya banyaaaak lagi tempat cantik kat Sweden. Lagipun kami pergi sana just sebab harga tiket murah, ada offer. Naik Ryan Air, dari UK ke Stockholm dalam GBP 30+ je untuk return! Memang la saya cekau je. Itu lah 1st time saya naik Ryan Air, airlines yang inspire AirAsia :D

Bandar Stockholm ni sangat lah terancang. Ada bangunan lama dan baru. Terdiri daripada banyak pulau yang dihubungi dengan berpuluh-puluh jambatan. Sebagai tourist, memang perlu naik bot banyak kali kat sana. Syok. Hehe.

Apa yang menarik untuk dilawati? Gamla Stan (Old Town), ada Royal Palace, Riddarholmskyrkan (gereja), pelbagai museum, termasuklah Nobelmuseet (Nobel Museum). Saya pun tak ingat dah nama muzium yang saya pergi tu. Sorry. Nama Swedish ni pelik-pelik. Yang saya ingat saya ada ambik gambar ni:

Gambar dengan patung oink oink. Hehe

Gambar ni bila saya upload kat Facebook ramai yang rajin mengomen. Hahaha. Nampak real kan. Tapi patung je. Hehe.

Selain tu, korang jangan miss untuk tengok view dari tempat tinggi. Stockholm ni kan banyak pulau. So, kalau tengok sunset dari tempat tinggi sangat cantik. Kami pergi ke Kaknästornet, menara dengan restoran dan observatory paling tinggi kat sana.


Catching sunset at the Kaknastornet

Another view from the tower

Selain dari tu, usaha kan lah untuk duduk kat tepi tingkap waktu flight di Stockholm, sebab view dia sangat cantik!



OK la macam dah panjang. Nanti nak sambung lain kali, Top 5 pulak. Till next time!

No comments:

Post a Comment