Monday 16 May 2016

Iklan: Learn to swim and skin dive - Bajau style!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hehe kali ni nak iklan sikit! Husband saya ada buat kelas untuk belajar berenang dan skin dive. Kepada sesiapa yang berminat boleh la check maklumat lanjut di bawah:



Kelas terbuka kepada sesiapa di sekitar kawasan Gombak & Kuala Lumpur. Kami menawarkan perkhidmatan kelas berenang persendirian dan akan datang ke lokasi tuan & puan. Sekita Gombak dan Kuala Lumpur saja. Kalau jauh harap maaf lah ye, tak dapat nak datang. ^^;;

Kelas ni terbuka untuk dewasa dan kanak-kanak lebih 10 tahun. Kami menerima semua tahap perenang dan kelas akan disesuaikan mengikut kebolehan masing-masing.

  • Harga: RM50 seorang untuk setiap session 
  • Satu session = 1.5 jam
  • Tambah RM10 untuk tambahan orang.
  • Maksimum 3 orang untuk setiap sesi.

Contohnya lah kan, kalau korang nak belajar dua orang, caj adalah RM60 (ie: RM30/pax). So adalah penjimatan sikit. Kalau korang nak belajar 3 orang, RM70 untuk 3 orang tu.

Harga murah je sebab kitorang baru start. Ni kira pilot study. Hehe.

Kalau berminat boleh hubungi kami di:

  • 013-5542845
  • izzati.yussof@gmail.com

Nak komen  kat sini je pun boleh, tapi saya reply lambat sikit la.

Terima kasih! :D

2 comments:

  1. KALAU XPANDAI BERENANG BLH BELAJAR JUGA KE...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Memang nak ajar orang tak pandai berenang la... :)

      Delete