Saturday 23 January 2016

My Cancelled Flight: Kota Kinabalu - Cebu

Assalamualaikum & salam sejahtera

Erm. Tak tahu lah kenapa diorang suka sangat cancel flight KK - Philippines nih. Dulu, Maswing cancel flight Dari KK - Puerto Princesa (Palawan). Pastu pulak tahun lepas AirAsia cancel flight KK - Cebu. Waaaaaa~!

Bad news from AirAsia




Dalam usaha saya untuk mencapai target 30 before 30 (30 countries before 30 years old), saya betul2 teringin nak pergi the Philippines. Preferably before saya transfer balik KL. Tahun lepas saya ada book flight ticket dari KK ke Cebu dengan husband.

Tup2, dapat email flight kena cancel. Wuaaaa. Kalau tidak, sekarang ni saya sepatutnya tengah berada di Cebu! Chesss!!

Actually, apa option yang kita ada kalau flight kita kena cancel dengan AirAsia? Diorang bagi saya pilihan macam ni:

1) Book flight yang lebih awal. Contoh, flight KK - Cebu kena cancel start dari 17 Jun 2015. So kena book flight yang lebih awal, SEBELUM tarikh tu. Memang susah la. Ingat senang nak cuti mengejut??

2) Book flight lain tapi transit di Manila. (ie: KK - Manila - Cebu). Tapi kena dalam masa 30 hari daripada tarikh asal. At no extra charge.

3) Refund, dapat kredit online untuk beli apa2 produk di AirAsia website (eg: flight ticket, seats, baggage, etc2)

4) Full refund

Sejak saya dapat email cancelled flight tu, balik2 ada nombor pelik call saya: +63 dan +632. Saya kalau dapat panggilan telefon suspicious ni memang tak angkat phone. Sebab balik2 dengar orang cakap ada sindiket dari luar negara... kalau angkat nombor telefon pelik2 ni nanti kita yang kena caj sampai beribu2 ringgit konon.

Actually saya ada buat research juga lah. Saya ada tanya di Facebook saya kalau ada sesapa pernah kena call dengan nombor tu tapi tak de sapa ada pengalaman pun. Saya dapat tahu tu nombor Philippines. Saya ada terfikir jugak kalau2 tu sebenarnya panggilan dari AirAsia. Tapi, tak berapa nak yakin so saya pun tak angkat.

Maka berbulan2 lah nombor tu call saya dan balik2 saya tak angkat. LOL. Pastu after some point, diorang dah tak call dah.

Pastu recently diorang start call balik. Tapi, balik2 call waktu saya kerja, masa patient tengah ramai pulak tu. Maaflah sebagai kakitangan hospital yang berdedikasi, saya memang tak bawak phone saya masa kerja peak hour. (Dedikasi. Konon. Kah kah!)

Tadi masa saya kat Sabah State Library tetiba diorang call lagi. Saya pun angkat lah. Rupa2nya tu panggilan dari AirAsia Zest. LOL. So people, please take note. Kalau ada +63 dan +632 call korang, mungkin itu dari AirAsia Zest. OK?

Tapi, sekali lagi. Timing diorang tak kena, Dalam library mana boleh saya cakap kat phone lama2. So saya minta dia call balik lepas 5 minit, saya nak keluar dari library. Tunggu punya tunggu, dah lebih 15 minit diorang tak call pun. Hampeh kuda betul. Saya pun malas nak tunggu dah dan masuk library balik. Dalam 30 minit lepas tu baru diorang call. Saya tak sedar pun sebab saya dah silence phone saya... ^^;;

Erm. So sampai sekarang, belum ada kata putus untuk status flight saya ni.

Honestly, asalnya saya berniat untuk dapat refund je. Husband saya dah tak minat dah untuk pergi Cebu dengan transit di Manila. Waaa. Tapi sekarang dah rasa teringin balik nak pergi tengok whale shark kat Cebu.

So saya email la AirAsia, tanya boleh tak kalau split2. Sorang amik flight transit di Manila, sorang dapatkan refund. Rupa2nya boleh.

Tapi datang la pulak dilemma baru. Tak kan la nak jalan di Philippines sorang2. Waaaa. Saya tak kisah sangat, with proper research, saya rasa OK je jalan sorang2. Tapi husband saya tak kasi. T__T

Saya cuba juga tanya kalau2 boleh tukar flight husband saya tu kepada nama orang lain. Ada kawan saya teringin nak pergi Philippines jugak, tapi kalau nak beli tiket sekarang tengah mahal la. So kalau boleh tukar nama memang perfect la.

TAPI TAK BOLEH. Arghhh.

It goes "against their policy" konon. Dah tu... cancel2 flight to ikut policy korang ke? Dah korang susahkan hidup customer korang, tak boleh ke korang kasi exception? Hmph. Geram betul.

*sigh*. Forgive my outburst.

Maka, saya masih lagi terdampar di KK sementara whale shark tengah berenang2 di Oslob. Demm.

Haihhh. Memang tak sampai la hajat nak ke Philippines kalau macam ni. KALAU lah husband saya tetiba terbuka hati balik nak pergi Philippines, maka dilemma saya akan berakhir. Maka, marilah kita berdoa supaya husband saya nak pergi Philippines balik. Kih kih.

OK tu je nak luahkan perasaan. Kbai.


No comments:

Post a Comment