Saturday 12 December 2015

Krabi Nemo House

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Rasanya sekarang dah musim melancong ke Krabi. Cuti sekolah la katakan. Lagipun sekarang nni musim monsoon timur laut, so patai barat la yang jadi target. So saya pun nak sambung bercerita pasal Krabi. Kali ni nak kasi review pasal hotel tempat saya duduk tu. Nama dia, Krabi Nemo house.  J


Krabi Nemo House. Reception.



First of all, saya nak clarify. Mungkin tempat ni tak sesuai untuk orang yang suka travel in 'style'. Yang jenis cerewet. Nak ada macam2 layanan mewah. Hehe. Tempat ni macam more like a guesthouse. Sesuai untuk budget traveller macam saya :)

Location

Lokasi Krabi Nemo House. Google Map.

Terletak di Ao Nang. Tapi bukan di kawasan pekan Ao Nang yang dekat dengan laut. Admittedly, kalau korang nak jalan kaki pergi pantai... erk. Penat juga lah.

Tapi takpe, walaupun jauh, owner dia ada provide tuk-tuk service free untuk ke Ao Nang! Yeyyy. Btw, owner dia bernama Azizah. Muslim, so jangan risau kalau nak makan kat situ. Pastu, kalau untuk pick-up, Azizah akan kasi korang pinjam dia punya phone untuk call for pick-up. Best kan?

Tempat ni dikelilingi rumah2 orang tempatan. So, ada advantage dari segi makan. Makanan murah beb! Bukan macam kat pekan Ao Nang sana. Dan tempat ni dekat betul dengan satu convenience store ala2 macam seven-eleven. Sana korang boleh beli coffee, jajan, air, etc etc.


The Staff


Yang saya nampak ada kerja kat sana 3 orang je. Azizah boss, ada anak dia kecik n comel bernama Aminah. Pastu ada sorang akak ni yang pakai tudung, tapi dia tak pandai cakap English. Pastu ada sorang lelaki yang selalu kena suruh jadi driver tuk-tuk bawak kitorang pegi pekan Ao Nang.

Akak ni pun kadang2 ganti kena bawak tuk-tuk

Kalau korang nak senang, boleh book package melalui Azizah je. Saya rasa kalau rajin survey boleh cari sendiri di Ao Nang. Tapi, kalau nak senang book dengan Azizah je lah. Harga pun berpatutan. Kalau nak pergi Krabi Night Market pun boleh bagitahu dia je. Naik jeepney harga dalam 50 baht.


Facilities


Bilik dia simple je. Kami ambil bilik double bed. Ada TV, tapi siaran tak clear sangat lah. Toilet bersih dan simple.

Katil
TV and sink area

Saiz bilik OK la untuk dua orang. Ada tempat sidai baju, takde wardrobe lah. Tapi tak payah pun takpe wardrobe tu. Bathroom dia bersih, tapi saya rasa kadang2 macam ada bau sikit. Mungkin dari sistem perparitan kot. Ada kipas yang kasi buang angin dalam bathroom, so kalau korang ada baju basah boleh sidai dalam bathroom, cepat jugak dia kering.

Saya lupa nak amik gambar, tapi kat area reception tu ada sofa untuk korang lepak2. Masa saya datang sana, ada 2 orang putih tengah tinggal kat sana juga. Lupa la diorang dari negara mana Russia ke ek. Ke Denmark. Ke Spain. Aaa tak ingat ^^;;

So boleh la korang beramah mesra dengan pelancong lain kat situ. Ada meja untuk minum coffee jugak. Azizah ada provide coffee untuk minum. Ada air panas jugak. Free je. Bancuh sendiri lah tapi. Hehe.

Kat common area tu pun ada banyak brochure2 free untuk korang tengok2. Ada majalah, buku. Tapi yang lama2 lah. Bukan la jugak yang up-to-date sangat.


Where to eat?

Disebabkan sana adalah area rumah, tempat makan pun style orang local la. Banyak jugalah gerai kat sana. Nak breakfast pun kami cari sendiri je jalan kaki.

Menu di gerai 1st yang kami makan

First day kami sampai, lapar gile! Jalan2 sikit terus terjah masuk gerai pertama yang kami jumpa. Orang islam, pakai tudung. Saya pun bagi la salam dan cakap "Sawat-dee-kha". Sekali terus diorang reply dalam bahasa Thai. Kah kah! Ternganga sekejap.

"Sorry I can't speak Thai." Hehe. Muka saya ni macam orang Thai kot. Bak kata parents saya, kami ni keturunan Melayu Pattani. Banyak kali juga lah kitorang di konfiuskan sebagai orang local. Kitorang pun tak reti beza mana pelancong Malaysia mana orang local. Hahaha.

Anyway.

Saya order fried rice with squid. Waaa sedap gile! Pastu disebabkan lapar saya tambah lagi dengan lala. Kawan saya order kerabu mangga dengan apa ntah.. something with chilli. Hehe. Saya yang tak makan sayur ni pun join makan kerabu mangga. Sedap! Pastu diorang kasi sayur free. Ada timun, ulam, cicah dengan sauce jenis apa ntah. Fish sauce, ada belacan kot? Tapi sedap jugalah, walaupun saya tak makan sayur. Hihi.

Our first lunch there. Satisfying!

Tapi kedai makan ni tutup awal. Malam2 takde bukak pun. Pagi2 pun takde bukak. Waaa. Yang bestnya, kalau pagi ada banyak gerai2 makan lain yang kecik2. Last day kitorang kat sana, driver tuk-tuk bawak saya pergi satu area ni, ada banyak makcik2 jual breakfast. Nasi, mi, pancake, kuih2. Waaa besttt!!

Our Breakfast. Last day in Krabi.
Saya makan nasi ayam. Tak tahu lah apa nama dia, tapi macam nasi ayam lah. Kawan saya punya nasi dengan telur, sayur n sambal. Yang belah kanan tu macam roti kena goreng dalam bread crumbs lepas tu ada coklat. Sedap dan murah :D



Kesimpulannya, tempat ni memang best! Saya tak menyesal pilih untuk tinggal kat sana. :D





No comments:

Post a Comment