Monday 30 November 2015

Rafting @ Sungai Padas


Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Kali ni kita berbalik pada Sabah di Bawah Bayu. Hehe. Dengan topik yang sangat syok: rafting!

 Pharmacists + Doctor Rafting @ Padas. Weee!


OK disebabkan saya baru balik dari keretapi Beaufort, terus terkenang zaman rafting di Padas dulu. Saya rafting lama dah, bulan Disember 2012. Waktu tu baru je lepas a few weeks dapat posting Sabah. Kat situ la saya berkenalan dengan Pegawai Farmasi di sekitar Sabah. Ada dari KK, Beluran, Tuaran, Kota Belud, etc2. Dengan semangatnya saya pergi rafting walaupun waktu tu belum dapat masuk rumah sewa lagi! Hehe.

Harga? Erm, honestly dah tak ingat sangat. Kalau tak silap dalam RM180++. Eh ke RM200+ eh.. tak ingat laa. Saya pergi dengan Wave Hunter. Harga termasuk transport KK-Beaufort, train ticket ke tempat rafting, equipment rental, guide, makan dan SIJIL. Kah kah!

Diorang ada offer pakej gambar masa korang rafting. Nak satu set gambar tu mahal sikit la, dalam RM150++ kot kalau tak silap. Tapi disebabkan kitorang ramai2, boleh la kongsi2 sikit sorang. Gambar diorang ni boleh tahan cantik tau! So cam rugi juga lah kalau tak ambik...

Bergerak dari KK awal giler! Pukul 5 lebih dah kena pickup. Sebab diorang nak catch train pukul 7.30am di Beaufort. Dari Beaufort, korang akan naik keretapi kampung ke starting point rafting. For me, this is the highlight of the trip!

Suasana dalam gerabak keretapi

Nah, menariknya tengok dalam train macam ni rupa dia! Hahaha! Saya dah pernah naik train kat Jepun, UK, Italy, Spain, Australia, shinkansen, London Tube, tram, LRT, etc etc. Dari segi experience, trip ni la yang paling berharga. Kui kui!

Kitorang duduk bersila ramai2. Siap kaki terjuntai2 dari pintu. Sebelah ada mamat ni bawak ayam hidup dalam sangkar. Actually train ni digunakan oleh orang kampung untuk ke pasar dari kampung2 diorang.

Mamat ni balik kampung dari pekan Beaufort


Menuju ke arah Tenom, pemandangan belah kanan ada Sungai Padas. Sebelah kiri ada bukit2 dan hutan2.

Lepas dari stesen Hilogilat, ada pulak peluang untuk duduk atas bumbung!

Ini la yang dikitakan NAIK keretapi. Hahaha
Whoa saya berebut kot nak duduk atas bumbung! Kah kah! Tapi memang kat dalam gerabak memang agak ramai orang la, so 'terpaksa' lah naik bumbung :p

Dalam sejam lebih, baru la sampai kat starting point untuk rafting...

Tenkiu mat saleh tolong jadi model train & sungai 

Sungai Padas ni... memang tak 'putih' la. So tak dapat la nak white-water rafting sangat. Air macam teh susu! Tapi bukan sebab kotor ye, sebab hakisan tanah...

Diorang ada ajar basic la untuk orang2 tak penah rafting macam saya ni. Eh btw, rafting kat Sabah yang terkenal ada 2 tempat: Padas dan Kiulu. Padas ni level III - IV. Kiulu tu level I - II je. So better lagi Padas kan. Hoho.

Baru mula. Semua orang kering dan excited XD

Pastikan korang ni jenis tak takut air dan tak mudah panic. Dari segi nak berkayuh2 tu memang tak perlu sangat, sebab air deras yang bawak korang. Cuma yang pentingnya korang kena pandai jaga supaya tak terlanggar batu la. Kayuh tu untuk steer bot tu je.

Alhamdulillah bot kitorang tak capsize. Ada satu bot tu capsize, dah la ada budak kecik. Risau saya tengok. Cuma, saya dan kawan saya jatuh dalam air. Waaaa.

Saksikan adengan saya jatuh air yang sangat dramatik itu :p

Tersengih tengok orang depan basah


Giliran saya dilanda air


Saya & kawan jatuh dalam air. Nampak kaki je! Kah kah


Me holding on to dear life. My fren, drifted with the current, nampak tangan je ^^;;

Btw. Tempat kitorang jatuh ni dipanggil 'Washing Machine'. Tengok le air dia... Hihi. Anyway I'm glad I survived that! Saya dengar ada orang pernah mati tau dekat Washing Machine ni. Jangan main2 >.<

Lepas habis rafting, korang boleh la pegi makan. Makanan besa2 jak. Ada tempat untuk salin baju jugak. Lepas tu, boleh dah la naik train balik ke Beaufort. Dari sana sambung naik van ke KK. Ada la dalam pukul 6 lebih baru sampai KK...


OK la tu je dulu untuk entry kali ni. Semoga menjadi inspirasi. Hehe. Till next time!



No comments:

Post a Comment