Sunday 4 October 2015

Jalan-jalan di Nara, Jepun

Assalamualaikum @ Salam sejahtera

OK. Sambung balik citer pasal Jepun. Ntah kenapa sekarang ni tengah rindu kat Jepun. Hehe.

Nara. Rasanya ramai jugak kot orang tahu pasal tempat ni? Ke tak?

One of the many torii in Nara




Nara adalah tempat yang diiktiraf sebagai ibu negara Jepun yang pertama, masa kurun ke 8 (around 700++ masihi). So korang dapat bayangkan betapa bersejarahnya tempat ni. Jauh lebih tua lagi daripada bandar Melaka, yang ditubuhkan oleh Parameswara tahun 1400. In fact, kalau korang fikir2kan, tempat ni wujud tak lama selepas zaman Rasulullah (tahun 600++ masihi).

So, sebagai orang yang sangat meminati sejarah, saya rasa hepi betul pergi sana, tengok bangunan2 dia. Ada sesetengah orang tak suka pergi tengok temple. Saya pun normaly tak minat lah, tapi temple2 yang bersejarah beratus2 tahun ni saya memang suka :)

Nak pergi ke Nara senang je. Kami dulu tinggal di Osaka. Dari Osaka, naik rapid train dalam 50 minit... naik JR Rapid train Yamatoji. Tapi kami dulu gerak dari Kyoto, sebab pagi tu kami pergi Arashiyama dulu. Naik JR Rapid train Miyakoji dalam 45 mins.

Sebenarnya Nara ni besar. Kalau nak explore semua tak cukup la satu hari. Kami pulak spend setengah hari je. Hehe. Memang rushing gile lah.

Peta Nara. Nak tengok jelas lagi boleh klik. Sumber: JNTO website

Yang saya buat bintang tu JR Nara station. Bulat tu kawasan Nara Park.

Di Nara ada 8 tempat yang terkenal dan diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage site. Tapi kami dulu tak pergi semua pun. Kami jalan kaki saja dari train station, dan cuma mampu pergi ke temple/shrine di dalam Nara Park:

  1. Todai-ji
  2. Kofuku-ji
  3. Kasuga taisha shrine

Kalau yang paling terkenal di Nara, ialah Todai-ji temple. Korang tengok gate dia pun dah cukup impressive.

Gate di Todai-ji, Nandaimon

Dari jauh mungkin tak nampak sangat, tapi gate ni besar gile. Korang bayangkan, setiap tiang gate tu dibina menggunakan sebatang pokok yang besar. As in, the whole length of the tree. Bukan papan2 ok. Korang peluk pun tak kan sampai tangan. Gate ni dikatakan dibina pada kurun ke-12. So, gate ni dah berdiri dekat 1000 tahun.

Patung penjaga gate. Besar gila OK


Actually orang datang Todai-ji ni nak tengok Daibutsu (Buddha statue). Tapi geng2 saya ni tak minat sangat lah benda2 berkaitan culture/religion kat sini. Jadi kami tak masuk pun... Sobs.

Nara Park terkenal dengan rusa. Banyak gile rusa. Beribu2 ekor. Ada yang baik, ada yang nakal. Ada yang comel, ada yang bermasalah kulit. Hehe.


Hi, saya rusa. Nak makanan boleh? :p

Rusa ni dianggap haiwan yang suci, ala2 macam guardian protector of the city lah. Sebab tu ada banyak. Diorang biarkan je berkeliaran. Kalau korang nak, ada jual deer biscuits (shika senbei) untuk bagi kat rusa. Itu makanan rusa ya, jangan pulak korang makan. LOLL. XD

Honestly, rusa ni dah terlebih friendly dengan pelancong. Kalo korang beli je shika senbei tu dia pandai dah datang kat korang. Kalau korang lambat bagi dia makanan, nanti dia akan head butt korang. Hahaha. So just hati2 lah ye ;p

Nak jalan the whole Nara Park ni actually perlukan satu hari kot. Geng2 saya ada yang berjalan sikit dah penat. Kesian jugak.. mungkin sebab dah penat berjalan dari pagi kot. 4 orang surrender pergi balik ke train station. Kami bertiga je sambung jalan untuk cari Kasuga Taisha shrine (Kasuga Grand Shrine).

Looking for Kasuga Taisha Shrine! Kalau korang nampak banyak stone lanterns gini maksudnya dah dekat la tu...


Kasuga taisha is a shinto shrine. Do take note ya. Shinto lain, Buddha pun lain. Shinto is unique to Japan. Kebanyakan orang Jepun sekarang penganut Shinto. Buddha tu agama rasmi zaman dulu2 di Jepun. Tuhan orang Shinto dipanggil 'kami'. Sesapa yang suka tengok katun Jepun sure dah biasa dengar diorang doa pada 'kami-sama'. Hihi.

Shinto ni.. bagi saya agak unik la. Dari apa yang saya faham, dia actually sangat terpengaruh dengan animistic belief. Setiap benda tu, ada dia punya 'spirit'. Dan spirit yang kuat2 ni dianggap sebagai 'kami' dan diorang akan buat shrine untuk 'kami' tu.

So, basically, kalau korang tengok guide untuk Jepun... temple is for Buddhism sacred place... Shrine is usually for Shinto.

OK tu je dulu lesson kali ni. Hehe. Berbalik kepada Kasuga Taisha Shrine.

Kitorang sebenarnya sesat on the way nak pergi sana. Tapi sesat2 pun sempat ber-selfie dengan stone lanterns. Wakakaka.

Me and the stone lanterns


Tapi takpa lah jugak sesat pun. Pamandangan cantik. Banyak betul pokok2 besar2 yang berumur beratus2 tahun kat sana. Stone lanterns tu pun ada yang dah berlumut2. Rasa macam spiritual betul lah tempat ni. Malam2 sure takut nak jalan sorang2. Hihi.

Pintu nak masuk area Kasuga Taisha Shrine. Shrine nya di dalam ya... lagi cantik


Erm. Kasuga Taisha Shrine pun kami tak masuk. Tengok dari luar je la. Waktu tu dah nak tutup pun. Sobs. Tapi, bagi saya lah, jalan2 dekat stone lantern tu waktu petang2, ada cahaya matahari kuning2, jadikan tempat tu macam sangat... tenang. Like, the kind of place you wanna go for meditation. Macam jugak... tempat yang Aang boleh meditate untuk pergi ke spirit world. (kalau korang suka tengok cerita Avatar (The Last Airbender) korang paham la apa yang saya merepek ni ;p)

Bandar Nara pun tak besar. Tapi area sebelum masuk Nara Park tu ada banyak gerai2 yang jual souvenir. Dan di situlah saya terjumpa bunting ada gambar Goku (Dragonball). Maka haruslah bergambar. Kah kah!

I saw Goku in Japan! :p


OK. Tu saja lah pasal Nara. Kesimpulannya, kalau korang nak enjoy Nara, korang kena sanggup berjalan. Hehe.

Bye!


No comments:

Post a Comment