Sunday 6 September 2015

Diving @ Bali: Overview

Assalamualaikum @ Salam sejahtera :)

Diving. Feveret topik. Kih kih.

Underwater Ninja :p

Rasanya semua orang tahu kan.. Bali ni memang feymes dengan pelbagai jenis diving sites! Seluruh pulau Bali ni ada tempat diving, dari utara, ke timur ke selatan ke barat. Sudah lah Bali ni boleh tahan besarnya jugak.. So, kalau nak cover semua sendiri memang susah, so dulu saya ambil pakej Diving Safari.



Diving Safari

Diving Safari ni.. kira macam korang pergi banyak2 tempat diving, pakai company yang sama. Company tu akan tolong korang buat itinerary, booking accomodation, arrange transport, etc. Tapi pada masa yang sama, korang ada felsibiliti untuk pilih nak diving dekat mana, berapa lama nak duduk situ, etc2.

Maca saya dulu, saya ambil pakej 3 hari 2 malam, pergi Tulamben dan Nusa Penida. Mula2 saya ambil pergi 3 tempat (Tulamben, Padangbai dan Nusa Penida) pastu bila pikir2 balik, penat la balik2 nak tukar tempat, so saya tak jadi lah pergi Padangbai. Instead, saya buat night dive di Tulamben.

Atlantis Bali


Dulu, saya ikut Atlantis Bali. Saya bayar USD 349/pax untuk 7 dives. Pakej ni termasuk:

  • hotel, 
  • transport dari awal sampai habis, 
  • makanan (untuk breakfast, lunch), 
  • equipment rental (tank, weight, BCD, regulator, wetsuit) 
Masa tu saya bawa sendiri mask dan fin, sebab saya dah biasa sendiri punya, takut yang sewa ni saiz tak ngam. Dinner kena bayar sendiri. Kalau nak tambah satu extra dive, kena bayar USD 25/pax. (p/s: ini harga tahun 2014).

Pada saya harga ni memang berpatutan, sebab dah termasuk semua benda. Kalau nak cari transport sendiri di Bali memang susah gile lah. Jalan nak pergi Tulamben tu pun bukan jalan cantik macam kat KL ni ye. Sebenarnya until recently, nak pergi Tulamben tu pun takde jalan tar. Huhuu.

Harga ni untuk 2 orang. Husband saya masa tu dia dapat diskaun sikit lah, USD 339, sebab dia divemaster. Haha. Agaknya kalau korang pergi ramai mesti lah harga dia lagi murah kan. Tapi personally, saya tak suka dive ramai2. Nanti nak turun pun sesak, orang macam2 perangai, ada yang lembab, etc2. Hehe. Antisosial :p

Atlantis Bali ni kalau tak silap owner dia orang Perancis. So, memang ramai lah DM & instructor orang putih. DM yang bawa saya dulu orang native Bali, nama dia Igede Wicaksana, panggil dia Dede. Dia baik, comel dan peramah. Hehe. Dia dibantu oleh sorang divemaster trainee dari Perancis yang dipanggil Charlie. Dia ni dulu kerja di Hong Kong pastu dah boring buat kerja office dia pun pegi jadi diver.

Eh btw saya promote banyak2 ni takde dapat duit pun ye.. I'm simply a satisfied customer ;)

Dive Sites


Bali Dive sites: image from Atlantis Bali

Diving sites kat Bali memang belambak2. Contohnya:

  1. Tulamben
  2. Nusa Penida
  3. Pemuteran
  4. Pulau Menjangan
  5. Gilimanuk
  6. Padangbai
  7. Nusa Lembongan
  8. Amed
  9. Sanur

Ranking dari 1 - 9 mengikut preference saya sendiri selepas membaca review. Haha. Last2 saya pilih untuk diving di Tulamben & Nusa Penida je la. Duit tak cukup... masa pun limited... Ingatkan 1 minggu kat Bali dah cukup, rupanya tidak...

Pulan Menjangan tu saya berminat gak, sebab ada marine park kat sana, dikatakan sangat cantik lah. Tapi jauh gile! So terpaksa lah lupakan... sobs.

Nusa Penida, Nusa Lembongan dia punya arus kuat macam ****. Haha. Series weyh. Saya tak pernah mabuk dalam air. Sana lah first time (and hopefully last time T__T). Dan shortly sebelum saya pergi sana tahun lepas ada diver yang mati tau. Baca kat sini.

Saya dive kat Nusa Penida dekat 2 tempat, Sekolah Dasar tu OK. Yang teruk nya di Crystal Bay. Arus macam nak bunuh orang. Waaaa. Bersyukurlah husband saya tu terer... Kalau takde dia saya dah di bawa arus dan kena hempas ke batu kot.

So, kalau korang ni cumalah newbie diver macam saya, tak perlu kot pergi Crystal Bay tu. Orang pergi sana untuk tengok Manta Ray. Korang pergi lah Tulamben, tengok ship wreck. OK juga bah. Tulamben tenang je. Tak de arus kuat2 nih.

Hehe. Ok lah itu je dulu kot. Nanti len kali sambung lagi ye. Ta!

No comments:

Post a Comment