Monday 14 September 2015

Ada apa dengan Kundasang

Assalamualaikum & salam sejahtera

Oh rasanya mesti ramai yang pernah dengar pasal Kinabalu Park kan? Kalau korang nak tahu, area ni lah yang pertama mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site di Malaysia.

Apa yang menarik kat sini? Rasanya yang paling terkenal mestilah Gunung Kinabalu.


Gunung Kinabalu



 Dengan ketinggian 4,096 meter, Mt Kinabalu adalah gunung tertinggi di Malaysia. Korang boleh nampak gunung di dari kebanyakan kawasan di pantai barat Sabah. Puncak gunung dia pun sangat2 unik, so susah nak miss.

Antara banyak-banyak puncak ni, yang paling tinggi ialah Low’s Peak. Selain itu, orang jugak suka panjat Donkey’s Ears, kalau suka lasak2. Saya dulu naik Low’s Peak je. Kalau korang masih ingat, Donkey’s Ears ni la yang patah masa kejadian gempa bumi di Ranau dulu. Sebab tu sekarang pendek sebelah dah telinga si keldai ni...

Kalau nak naik Mt Kinabalu, mesti ambil pakej dengan Sutera company dan ada 2 jalan utama: Timpohon & Mesilau. Mesilau ni dikatakan lebih susah lah. Tapi harga pun lagi mahal dan korang akan dapat 2 sijil. Hahaha.


Route untuk naik Gunung Kinabalu

Kalau tanya pendapat saya, saya akan suggest ikut Mesilau. Sebabnya, jalan Mesilau lebih cantik. Ada lalu air terjun, sungai, dan boleh nampak puncak sambil naik.

Timpohon, tak nampak apa2 sangat. Boring. Banyak tangga. Cepat sakit kaki. Hehe. Lagipun, kalau naik ikut Mesilau, turun memang akan ikut Timpohon jugak. Jadi korang dapat berpeluang rasa dua2 jalan.

Timpohon gate ada di kawasan Kinabalu Park headquarters. Dekat sana juga ada spot cantik untuk ambil gambar berlatar belakang Mt Kinabalu. Tapi ikut nasib lah. Kalau banyak awan, memang tak dapat ambil gambar jugak.

Kalau ada masa haruslah korang berjalan ke pekan Kundasang. Pekan ni kecik je. Tak sampai sejam dah habis round. Haha.


Pekan Kundasang

Sebelah pekan Kundasang ada Kundasang War Memorial. Dulu masa Perang Dunia ke2, askar British, Australia, New Zealand, etc yang jadi tawanan pihak Jepun pernah dipaksa untuk march dari Sandakan ke Ranau. Yang survive tak sampai sepuluh orang pun. Ramai yang survive pun sebab diorang larikan diri dan bersembunyi di kampung orang Dusun tempatan.


Pemandangan dari War Memorial

War Memorial ni sangat cantik. Nak masuk kena bayar, tapi murah je. RM3 kalau tak silap. Kat sana ada Australian Garden, English Garden, Borneo Garden, Contemplation garden dan tugu untuk memperingati askar yang terkorban.

Bunga2 @ Kundasang War Memorial :)
Kalau korang rajin, boleh la jugak pergi ke Mesilau. Kat sana ada ladang lembu tenusu. Penuh dengan rumput hijau. Korang boleh ambil gambar dan bajet macam tengah duduk kat New Zealand. Kih kih.

Kalau masih lagi ada masa, perlu lah ke tamu Ranau. Setiap 1hb ada tamu bulanan, dan hari Sabtu ada tamu mingguan. Ada banyak sayur, buah-buahan, etc2. Selalu jugak ada orang jual arnab comel, so korang boleh la pegang2 & ambik gambar sikit. Hihi.

OK lah. Tu je dulu kot. Len kali sambung lagi insyaAllah. Ta!

No comments:

Post a Comment