Monday, 1 June 2015

Labuan - a short trip (part 1)

Assalamualaikum & Salam sejahtera

First of all.. kotobian tadau tagazo do kaamatan!

Kat Sabah sekarang tengah cuti Hari Kaamatan. Hihi. So saya pun ambil la peluang ni untuk jalan-jalan sikit. Pegi Labuan je pun.. tak boleh cuti lama-lama. Hubby kerja tourism, makin cuti ni makin la dia busy... T__T

Anyway.

Saya pergi Labuan naik ferry dari Jesselton Point, Kota Kinabalu ke Labuan. Boleh tahan lama la perjalanan dia ni. 3 jam setengah beb! =_=

Feri yang saya naik (Labuan-KK)

Harga ferry ni murah je. Pergi Labuan saya ambil First Class. Saja je.. sbb orang dok cakap2 yang naik ferry ni senang mabuk laut. Aku pun saja la ambik yg luxury sikit kununn... hahaha. Harga ferry dari KK-Labuan:


  • First class, Non-Malaysia citizen: RM 41
  • Economy class, Non-Malaysia citizen: RM 35... ke RM 37 (tak ingat dah.. hehe)
(price as of 30 May 2015) 

Kalau warganegara Malaysia, ada 50% off! Yayyyy! Yang penting, masa nak beli tiket korang bawak IC. So, hari tu saya bayar dlm RM 22.50 kalau tak silap. Sebab ada cukai2 bagai. Tapi kira ok lah, untuk perjalanan lama yang mengambil masa 3 jam lebih... Kalau yang economy class tak sampai RM 20 punn. Seat dia sudah assign awal-awal. So korang tak payah la nak rebut-rebut masuk feri awal..

Tips: actually nak beli tiket on the spot pun boleh. Tapi kalau pergi time perayaan, bagus la beli awal-awal. Kalau tak jadi macam saya dulu... tiket ferry yang pergi awal pagi (8.00 am) dah habis.. waaaaa!! Yang pukul 11 am pun dah habis. Terpaksa beli yang pergi tengah hari... (1.30pm). *sobsss*

Dalam feri tu ada diorg pasang movie cetak rompak. Kenapa cetak rompak? Sebab diorang tayang citer Cinderella yang baru tu. DVD belum kluar kott. Of cos la cetak rompak. Hahaha

Actually kan, kalau korang nak tengok movie, better duduk kat Economy Class. Seat Economy Class ni rendah. Skrin TV pulak tinggi. So senang nampak skrin. Hubby saya ambik Economy Class. So kitorang switch tempat supaya saya boleh tengok movie. Hehe.

Tapi, kalau korang nak tengok view, ambil la First Class. Tempat duduk First Class kat tingkat atas. View dia lebih cantik. Pilih la seat tepi tingkap. Tapi pastikan ambil side yang menjauhi matahari, kalau tak nanti korang panas. (Dalam feri yang saya naik tu, seat tepi tingkap First Class adalah no 1 & no 6).

Dalam feri tu ada toilet. Ada orang jual junk food dan minuman. Harga taktau la mahal ke tak... sebab saya tak beli pun. Bagus korang bawak bekalan sendiri je. Diorang takde pun menghalang orang bawak makanan & minuman macam AirAsia.. hehe

Sebelum feri gerak saya terus makan ubat. kih kih. Takut la mabuk laut. Ada kawan saya cerita dia merana betul dalam feri tu... 3 jam lebih kot.. Lagipun saya pikit, kalau tak mabuk laut pun, bagus jugak makan ubat tahan muntah, sebab dia kasi kita mengantuk. So boleh la tidur dalam feri dengan nyenyaknya sementara tunggu sampai Labuan.

Hello Labuan!


Kami gerak 1.30pm, dan sampai Labuan Ferry Terminal pukul 5 pm. Warghh. Punya boring dalam feri tu lama-lama. Aku nampak orang yang bawak laptop syok je tengok movie diorang sendiri. Maybe next time saya akan bawak laptop kalu pegi pakai feri dari KK-Labuan lagi.

Keluar je dari jeti terus saya pergi cari tempat jual tiket. Sebab nak beli tiket dari Labuan ke KK untuk hari esoknya. Mana lah tahu kalau esok tak sempat beli sebab tiket habis.. o.O

Harga tiket dari Labuan ke Jesselton Point rupa-rupanya murah sikit berbanding KK-Labuan. Takda la murah banyak, dalam RM 1-2 lagi murah. Kali ni balik saya terpaksa beli Economy Class. Sebab tiket First Class dah habis. Tapi takpe la. Takda beza pun. Alhamdulillah either way pun saya tak mabuk laut. (or maybe it's thanks to the cinnarizine & metoclopramide) hahaha

Saya perasan di jeti Labuan ada perkhidmatan simpan bagasi.

Left luggage service @ Ferry terminal, Labuan

OK jugak kan harga dia? Beg besar RM3 je untuk satu hari. Cuma.. pukul 4pm dia dah tutup. Awal jugak la. Saya tak pasti bagus ke tak, sebab takda tinggal beg pun hari tu. Tapi, next time kalau ada orang yang nak jalan-jalan bandar dulu sebelum check-in hotel, this is your option :)

Labuan is a small city! Sangat kecik. Dan kalau korang takda masa nak jalan jauh2, dekat terminal pun ada banyak kedai yang jual coklat, perfume & barang2 duty-free yang lain. Harga tak banyak beza pun, dalam RM1-2 je. Contoh: saya beli ferrero rocher (30pcs) dgn harga RM27 di Ujana Kewangan. Harga di terminal RM28.

OK itu saja lah untuk kali ni. Insya Allah akan ku sambung kemudian. Tata!



No comments:

Post a Comment