Tuesday, 2 June 2015

Labuan (part 2): Palm Beach Resort & Spa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

OK for the first time ever, saya akan dedicate satu post khas untuk review hotel. Hehe.

Palm Beach Resort & Spa ni asalnya nama dia Manikar Beach Resort, sebab lokasi dia di Pantai Manikar.

Saya book hotel ni pakai Agoda.com. Hotel 4 bintang. Memang nampak sangat cantik lah. So saya terkejut jugak la tengok harga dia dlm RM250 je per night. Dengar kata, sebenarnya untuk government servant ada diskaun lagi. Tapi saya tak tahu pun.. wuuu. Rugi la sikit.. T_T

Gambar hiasan, Source: TripAdvisor

Keadaan yang sebenar tidak lah jugak secantik gambar ni. Hehe. Ni mungkin gambar masa hotel tu baru bukak. Tapi memang hotel ni ada swimming pool dekat sebelah pantai. Boleh tahan lah view dia! :D

Sebenarnya, awal2 saya dah pikir.. kenapa la hotel ni punya cantik lokasi dia, 4 bintang lagi, tapi harga murah je. Saya baca dia punya review, memang ada yang kata service dia ada problem sikit la. Lagipun saya tengok lokasi dia jauh dari bandar. So saya pikir, mungkin sebab tu lah...

Tapi rupa2nya.. jeng jeng jeng!! Ada kisah hantu kunun. hahahaha

Saya pertama kali dengar cerita dari kawan kepada hubby saya. Dia orang KK, tapi kerja di Labuan. Dia cerita ada kes masa orang audit ISO tinggal di sana. Tapi kes tu berlaku di blok lain lah kot. Dia kata di blok belah kiri dari bangunan reception? Wallahu'alam.

Pastu makcik saya pun mesej saya dekat FB. Dia cakap hati-hati duduk di sana. Ada kes2 yang pernah berlaku kunun.. hehe. Nasib baik la dua2 citer ni saya dengar lepas dah balik dari sana. haha. Kawan hubby saya tu pandai dia diam2 malam tu, tak buka cerita pun. Esoknya lepas kami check out baru dia cerita. Hehe. Bertuah betul.

Tapi pada pengalaman saya, tiada apa2 pun yang terjadi. Saya tinggal di blok 3, bilik 3106, garden view. Hehe. Depan balkoni bilik saya ada pokok ara. Hubby saya ni kalau pokok ara dia sensitif betul. LOL. Tapi alhamdulillah, saya tidur nyenyak ja malam tu. Syok je.

Satu je yang saya pelik, sepanjang malam tu saya ada dengar bunyi burung dari pokok ara tu. Non-stop... dari saya balik bilik jam 10mlm, sampai lah saya tidur dalam jam 12 mlm. Saya pelik, tapi saya tak tegur. Nanti hubby saya bising pulak. Dia selalu pesan saya jangan tegur apa2 kalau nampak/dengar benda waktu malam2. Dulu saya tegur ada kucing mata bersinar waktu balik dari Kudat waktu malam2. Pun dia bising.  Saya tegur ada awan rupa pelik malam2 pun dia bising. Superstitious sikit la dia ni. Hehe. Tapi saya dengar je la nasihat dia...

No matter what they say, pada pendapat saya, hotel ni memang cantik. Ni bilik kitorang:

Bilik hotel yang kami dapat. Besar!
Besar & cantik! Sorry la katil dah comot. Lupa nak ambik gambar seblum duduk atas katil. Air cond dia sejuk. Ada mini-fridge, kettle, hair-dryer, iron & ironing board. Ada mini walk-in closet. Ada meja untuk businessman yang nak bekerja sambil holiday. Tapi TV channel agak limited la. Tapi yang penting ada Discovery, HBO dan juga BBC.


Bilik air dia pun besar. Ada bath tub yang besar & tempat khas untuk shower. Air panas pun ok. Toilet dia takda paip, tapi ada bidet untuk orang yang nak cuci pakai air.

Selain towel, bath foam & shampoo, ada jugak diorang provide berus gigi & ubat gigi colgate mini. Comel! Saya dah bawak berus gigi & ubat gigi sendiri, tapi saya tapau la ubat gigi dia, sebab comel sangat, senang nak bawa bila pergi hiking/camping trip. Diorang ada juga provide mini sewing kit. Hehe. Yang ni pun saya tapau juga. :D

Dari segi facilities memang bagus la, tapi dari segi service, saya nak komen sikit...

First of all, saya rasa sesetengah staff resort ni lacking in professional attitude. Staff di kaunter reception, no problem. Semua bagus je. Tapi yang di restoran, room service, mungkin boleh diperbaiki lah. Diorang ni takda la nak kata sampai ke tahap rude, tapi macam tak syok la, senyum pun tidak, di kaunter restoran pun takda orang jaga, kasi menu pun macam campak2 je...

Satu problem yang berlaku masa saya duduk di sana, bilik saya black out! Semuanya gara2 kettle yang diorang provide tu. Mungkin dah rosak, coz lepas saya on je terus black out satu bilik. Dalam bilik saya tu, tiada senarai phone number (eg: nombor extension reception). Ada malaun mana ntah pegi buang... coz staff sana cakap sepatutnya ada lekat di meja. So saya hentam2 la cuba call '0'. Tapi takda orang angkat, so terpaksa la jalan pergi reception desk..

The problem is fixed within 30 minutes lebih kurang. Techincal support datang kasi on balik electricity, pastu kami mintak diorang ganti kettle baru. Staff yang ganti kettle tu macam budak2 sikit, diorang dok gelak2 sambil testing kettle yang diorang nak ganti tu. Apparently kettle yang diorang ganti mula-mula tu tak boleh turn off sendiri walaupun air dah masak. So diorang pergi masuk bilik lain untuk ambil kettle lain lagi. Dalam hati saya berpikir.. tak boleh ke diorang ganti kettle rosak tu dengan kettle yang diorang tahu memang still functional in the first place? Tak buleh ke diorang testing awal2 instead of testing dalam bilik kami & gelak2 sembang2 mcm kanak2...? =_=

View from our room
Apart from those things, saya rasa hotel ni sangat2 worth the price! Best, cantik, dan sesuai untuk orang yang mahukan ketenangan. cewahh.

Apparently kan.. hotel ni telah dijual balik dan ditukar nama. Saya rasa mungkin kisah berhantu tu menyebabkan hotel ni dapat nama buruk dan kehilangan customers. Biasalah orang Malaysia ni memang suka percaya dengan kisah-kisah begitu...

Tapi bagi saya ok je hotel ni. Walaupun lokasi dia jauh, tapi dia ada provide shuttle service untuk ke bandar. Ada pick-up service jugak dari jeti & airport. So korang boleh jimat tenaga & wang dari segi transport. Hehe.

Daily shuttle service, Palm Beach Resort
OK tu je kot nak cerita pasal Palm Beach ni. Btw, saya nak ingatkan ini Palm Beach Labuan ye. Memang banyak betul hotel yang pakai nama 'Palm Beach'. Di Pulau Mantanani pun saya pernah tinggal di Palm Beach juga. Tapi diorang ni takde kena mengena antara satu sama lain. Hehe.

Orait. Till next time!

3 comments:

  1. kenapa la aku baca blog nie? lagi 4 hari nk menginap kt sana....hu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kenapa pulak. OK la hotel tu. Cuma lokasi jauh sikit dari city center. Kalau risau pasal citer2 hantu tu, saya personally takde jumpa apa2 pun. OK je. Yang penting hotel tu cantik, dekat dengan pantai dan harga reasonable :D

      Delete
  2. More details about Palm Beach Resort & Spa, Labuan : http://letsgoholiday.my/Listing/Detail/6807/palm-beach-resort-spa-labuan

    ReplyDelete