Wednesday 25 February 2015

Sabah Best: Tunku Abdul Rahman Marine Park

Assalamualaikum @ Selamat sejahtera

Ok. Memandangkan aku sekarang adalah penduduk Sabah.. maka haruslah aku promote Sabah kan? :p Lagipun tahun 2014 kan Tahun Melawat Malaysia, dan Sabah jadi tuan rumah bahh..

Walaupun korang dengar banyak berita-berita menakutkan pasal penculikan di Sabah, terutamanya di kawasan Sipadan/Semporna, jangan risau... Tunku Abdul Rahman Marine Park (TARP) insyaAllah selamat untuk dilawati. Sebab? Kawasan yang selalu jadi target militan dari Filipina adalah kawasan pantai timur Sabah, yang dulunya pernah termasuk di bawah pentadbiran Kesultanan Sulu. TARP terletak di pantai barat Sabah, dan kawasan ni tak jauh dari mainland, so susah sikit la nak buat operasi-operasi gelap ni. :)

Tunku Abdul Rahman Marine Park (TARP) ni actually ada 5 pulau semuanya: Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik & Pulau Sulug. TARP mula diisytiharkan pada tahun 1974 merangkumi kawasan Pulau Gaya dan Pulau Sapi. Pada tahun 1979, barulah dimasukkan jugak Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. (Trivia: Manukan = manuk = ayam dalam bahasa bajau)

Credit: http://www.sabahtravelguide.com/en/images/mpg/TARP.gif

Seperti yang korang nampak dalam map kat atas ni, lokasi TARP ni memang dekat sangat dengan Pusat Bandar Kota Kinabalu. Dari darat pun boleh nampak. Dan memang ada marine police yang selalu ronda, so no worries!

Nak pergi sana senang je. Naik ferry dari Jesselton Point. Kalau nak pergi pulau dekat-dekat macam Pulau Sapi, dalam 15 minit boleh sampai. Kalau pergi yang jauh sikit maca Pulau Sulug, mungkin dalam 30 minit jugak la (bergantung pada horse power bot anda). Pulau Sapi is my favourite, btw ;)

Dari Jesselton Point, korang boleh pilih nak naik bot dengan company mana. Ada banyak booth kat dalam Ferry Terminal. Just pilih je... & yang penting kena pandai tawar menawar. Aku cadangkan bagus datang waktu pagi sebelum jam 8.00 am. Waktu ni diorang memang tengah semangat nak cari customer, senang sikit nak tawar harga murah-murah.

Harga bergantung la korang nak pegi berapa pulau. Kalau setakat satu pulau, tak sampai RM20 pun boleh dapat untuk pergi balik (termasuk Jetty Fees RM7.20 for adults. Children/student RM3.60 kalau tak silap). Kalau makin banyak pulau makin la mahal. Kalau korang datang ramai-ramai, boleh mintak diskaun extra :)

Jeti @ Jesselton Point

Biasanya company tu akan offer untuk sewakan alat-alat snorkeling jugak: mask & snorkel, life jacket, fins. Kalau tahu diri tu tak reti berenang, sila sewa life jacket. Pernah ada kes kematian sebab lemas ok. Tapi sebagai orang yang reti berenang, aku prefer ambik fins, sebab boleh gerak laju dalam air. Hehe. Kebanyakan orang ambik life jacket, mask & snorkel. Normal price is RM10 for both items. Lagi untung sewa dari Jesselton Point, sebab kalau di pulau, harga dalam RM10/item. So nanti harga jadi RM20, tambah lagi kena bayar deposit RM50 (refundable).

So.. apa lah yang best sangat kat sana?

1. Snorkeling. Air kat area TARP generally tenang dan selamat untuk pergi snorkeling. Pada pendapat aku, Pulau Sapi lah yang paling cantik untuk snorkeling. InsyaAllah bila ada masa aku akan elaborate further pasal topik ni. :)

2. Diving. Ini pun syok! Disebabkan air laut yang tenang, ramai orang belajar diving kat sini. Dalam PADI magazine pun pernah feature TARP sebagai tempat yang bagus untuk belajar diving. InsyaAllah nanti aku cerita lagi pasal ni ye.

Parasailing @ Pulau Sapi

3. Water sports. Memang ada banyak jenis yang korang boleh pilih. Kayaking, parasailing, jet ski, flying fox (dari pulau ke pulau) etc etc. Aku pernah cuba parasailing. Harga aku dapat dulu RM 60/pax. Dia terbang dalam 15 minutes. Tapi kalau korang datang ramai-ramai, mesti boleh kurang lagi tu. Dulu aku pegi berdua je...

4. Trekking. Kebanyakan pulau ada trek masing-masing. Setahu aku yang paling panjang trek kat Pulau Manukan. Ada sunset point la.. sunrise point la.. InsyaAllah selamat je jalan-jalan kat pulau ni... tapi ada biawak besar & babi hutan. Hehe. So hati-hati lah ye. Harimau, gajah insyaAllah korang takkan jumpa la..

Selain daripada aktiviti-aktiviti ni, ada beberapa benda yang korang kena tahu:

1. Semua pulau ada toilet, tempat untuk mandi, salin pakaian dan kedai makan kecuali Pulau Sulug. Pulau Sulug ni memang tak ada orang. Dia paling hujung dah kecik je pun. 

Jeti Pulau Sapi. Cantik kan air dia?

2. Selain jetty fees di Jesselton Point, korang kena bayar Conservation Fees di Pulau. Dalam RM3 kalau tak silap. Korang hanya perlu bayar sekali je, di salah satu pulau. Lepas tu korang cuma perlu tunjuk resit bila nak masuk pulau lain.

3. TARP ni di bawah seliaan Taman-Taman Laut Sabah. Bot-bot yang bawak korang dari Jesselton Point berlesen dan berdaftar dengan Jabatan Laut Sabah. Korang boleh jugak pilih untuk pergi ke pulau-pulau ni naik bot-bot nelayan tidak berdaftar. Kononnya lagi murah. Aku pun tak pasti sebab tak pernah cuba. Dan aku nasihatkan... jangan lah cuba pun. Kalau korang kantoi dengan Jabatan Laut bikin susah (dan malu) jak...

Ok la nak stop dulu. InsyaAllah nanti sambung lagi lain kali. 

Till next time!

No comments:

Post a Comment