Sunday 8 February 2015

Pura Tanah Lot & Pura Ulu Watu

P/S: Pura = kuil = temple.

Assalamualaikum & Selamat Hari Malaysia! :)

OK hari ni aku free gile. So apa lagi... blogging je laaa.

Hari ni aku nak sambung cerita pasal Bali. Seperti yang aku dah mention sebelum ni, Bali memang banyak kuil2 yang boleh dilawati. Antara yg paling feymes ialah: 
  • Pura Tanah Lot: kalo korang pegi Bali tapi tak pegi tempat ni... tak tau la nak cakap apa. Iconic temple of Bali. Slalu kluar dalam poskad.
  • Pura Luhur Ulu Watu: temple by the cliff! Korang susah nak jumpa structure macam ni kat Malaysia. So bagus lah pegi.
  • Pura Ulun Danu Bratan: cantik jugak, terletak tengah tasik. Sekeliling ada gunung...
  •  Pura Besakih: temple utama, terletak dekat dengan Gunung Agung, gunung paling tinggi di Bali dan gunung yang dianggap paling suci. Tapi aku dengar banyak tourist trap kat sana.

Aku decide untuk pegi dua je: Pura Tanah Lot & Pura Luhur Ulu Watu. Aku duduk sana seminggu je, takkan la setiap hari pun habis masa pusing temple je. Lagipun location temple2 famous ni memang jauh2. Contoh: Tanah Lot & Uluwatu tu je dah 3 jam.

Pura Tanah Lot


Tanah = Land. Lot = Sea. Temple ni terletak kat area barat Bali. Lebih kurang 2 jam la dari area Kuta/Sanur. Mula dibina oleh priest bernama Nirartha. Setahu aku, sunset kat sini memang masyuk la. Tapi aku nasihatkan, jangan la pegi time sunset. Ramai orang. Traffic jam. In the end korang jugak yang merana. Aku pegi sini dulu dalam pukul 10-11 pagi. Panas beb! Tapi ok la, orang tak ramai. Nak masuk ada bayaran... tapi tak ingat la berapa. Prepare la dalam 5,000 rupiah/person ke.

Sila berpakaian sopan ok! Sini ialah tempat suci, so jangan lah berseluar pendek, bikini bagai. 
Actually area ni ada dua temple, Pura Tanah Lot & Pura Batu Bolong. Scary kan nama dia... =_=

Dia punya view memang breath-taking! Dari jauh masa korang jalan dari tempat parking, korang dah boleh mula dengar bunyi ombak. Note: ombak kat sana memang besar2. Masa aku pegi dulu siap ada orang surfing lagi. Haha. Contoh ombak boleh tgk sini:

Ombak lagi besar dari orang @ Pura Tanah Lot

Macam lagi tinggi dari orang ombak dia. Pastu bila dia menghempas batu kat temple tu, memang memercik habis!



Ombak menghemas pantai. Sila jangan cuba berenang kat sini.
Hebat kan? Btw, gambar ni aku ambik masa air tengah surut. Kalau air tengah pasang korang tak boleh pegi kat temple tengah2 tu. Btw orang kata kalau korang pegi Pura Tanah Lot dengan couple korang sebelum kahwin, nanti korang akan berakhir dengan perpisahan, seperti terpisahnya dua bangunan Tanah Lot di kala air pasang. This can either be a deterrent or inducement. Hehe. Tapi sebagai orang Islam, janganlah percaya oii.

Ni pulak gambar Pura Batu Bolong. Cantik jugak kan.. ada terowong pulak kat bawah tu.

Pura Batu Bolong

Buat pengetahuan korang, pelancong tak dibenarkan masuk temple. Boleh amik gambar kat luar je. Setahu aku kawasan di antara parking lot dgn temple tu akan penuh dengan penjual2, especially petang2. Masa aku pegi dulu masih awal pagi, so tak ramai sangat la penjual2 ni. 


Pura Luhur Ulu Watu


Dari Kuta, tempat ni lebih kurang dalam 30 minit je, kalu takde jem. Temple ni mula dibina oleh Empu Kuturan pada kurun ke-11 lagi (sebelum Parameswara datang Melaka lagi beb!). Lepas tu Nirartha sambung.

Nak masuk of kos kena bayar gak, tapi lagi murah sikit drpd Tanah Lot. Prepare la dalam 4,000 rupiah ke. Dia akan kasi korang kain sarong free untuk korang pakai. Tapi sila pulangkan.. kain tu untuk pinjam je.

Temple dia terletak betul2 kat tebing laut yang sangat tinggi. Kalau jatuh sure mati kot... lagi2 kat bawah tu ada ombak besar gile.


Pura Luhur Ulu Watu. That's a looong way fall!
Area ni pun terkenal di kalangan surfers, sebab dia punya ombak lagi tinggi dari Kuta. Katakan kalau di Kuta ombak tinggi 5-6 kaki, kat situ mungkin dlm 7-8 kaki. Air laut memang Nampak biru jee.

Cuma yang aku kurang minat area ni... ada banyak monyet! =_= Sila lah berhati2, takut kalau korang punya barang kena rampas dek mahluk2 berekor ni. Aku dengar2 kat sini ada tourist trap jugak – nanti akan ada orang tempatan yang tolong offer untuk ambik balik barang korang yang dah dicuri, pastu korang kena bayar. Ada yang suspect orang2 ni lah yang pegi train monyet2 tu untuk merampas barang tourist.. tapi tak tahu la betul ke tidak.. Nak senang masuk area ni jangan bawak makanan, topi, atau benda2 yang senang dirampas.

Pastu aku baca kat Ulu Watu ada performance Tarian Kecak yang best. Sebab dia punya tempat tarian tu membelakangkan pemandangan sunset. So mmg cool la bila diorang menari dengan api2, pastu belakang ada laut, tebing tinggi, sunset lagi. Tapi aku taktau la sebab tak pegi pun. Expect to pay 35,000++ rupiah untuk performance ni ye.

OK tu je la dulu. Phenat sudah. Ta!

No comments:

Post a Comment