Sunday 22 February 2015

Beijing with travel agent: the good and the bad

Assalamualaikum :)

Aku pergi Beijing lama dah... April tahun 2012. Hehe, entry back-dated, sebab dulu aku takde travel blog pun :p

Group kitorang kat Forbidden City
Bagi aku, Beijing ni tempat yang korang perlu pergi. Dari segi harga, lagi murah dari Jepun & Korea. Tapi tempat bersejarah dia memang banyak. Great Wall of China, Forbidden City, Summer Palace, etc etc.


Kalau pergi Forbidden City tu memang syok! Rasa macam pergi set penggambaran drama cina zaman dulu-dulu (sebab memang pun jadi tempat set penggambaran).

Great Wall tempat paling bagus nak check korang ni gayat ke tak. Kawan aku dulu naik tangga kat Great Wall ok, bila nak turun tu, dia merangkak... hehe. Pastu boleh check jugak stamina korang ni bagus ke tak. Ada beribu-ribu anak tangga. Tapi hati-hati, tangga dia ada kecik ada yang besar, kalau tersalah langkah takut tergolek...

Treacherous steps at the Great Wall :p

Summer Palace pun aku suka! Ada taman-taman istana, boleh ambik gambar posing macam gundik-gundik maharaja. Hehe.

Kalau korang nak shopping pun OK jugak. Yuan (currency dekat sana) tak jauh beza dengan Malaysia. Rate sekarang, 1 Yuan = RM 0.58. So dulu aku suka roughly bahagi 2 la kalu nak beli apa-apa. Huhu.

Bagi aku yang betul-betul murah kat sana cuma baju dah siap, beg cetak rompak dan mainan macam remote control toys. Hehe. Don't EVER buy any computer stuff there. USB kat sana tak boleh pakai. Seriously.

OK back to the point. Aku dulu pergi Beijing ikut tour package dari Poto Travel. Service dia memang bagus, overall, aku memang berpuas hati :) Cuma di sini, aku nak utarakan pros n cons pergi travel di Beijing pakai travel agent.

The Good

1. Tak payah susah-susah nak plan. Aku pergi sana dulu masa aku tengah training PRP di HKL. Kalau dah PRP ni, memang busy sikit, banyak yang nak kena belajar. So takde masa nak plan sendiri utk travel... sebab tu la terpaksa ikut travel agent..

Summer Palace. Lovely!

2. Tak payah risau pasal language barrier. Obviously, kebanyakan orang di China cakap bahasa Mandarin. Aku memang tak reti la Mandarin ni. Tulisan pun susah baca, surrender. Tapi kalau rajin belajar sikit, boleh je survive sebenarnya kalau pergi sendiri pun...

3. Makanan halal. Travel agent yang aku ikut ni orang muslim punya, so diorang bawak pergi restoran halal, tak payah nak risau pasal jaga perut.

Masjid Niu Jie, kononnya masjid tertua di Beijing

4. Diorang bawak pergi masjid hari-hari, so waktu solat terjaga. Sambil tu jugak, boleh tengok keunikan masjid-masjid diorang yang nampak macam temple je dari luar...

5. Korang boleh sit back and relax. Naik bas, turun, jalan-jalan ambik gambar, naik bas, turun bas, masuk hotel. Tu je korang perlu buat hari-hari. Tak payah fikir pasal schedule train, bas, nak cari peta, sesat jalan ke, etc etc. Aku pernah sesat jalan kat Itali, sampai terpaksa mintak local call taxi untuk bawak kitorang pergi hotel. Melayang duit... wuuu T_T

6. Boleh berkenalan dengan orang-orang baru dalam travel group korang. Depends jugak group korang ok ke tidak, tapi korang memang boleh buat kawan :)

The Bad


1. Balik-balik shopping! Ni la benda no 1 membuat kan aku menyesal ikut travel tour ni. Balik-balik diorang akan bawak korang bershopping. Bawak pergi kilang jed, mutiara, sutera, batu permata, kristal, ubat tradisional, etc etc. Sehari 2 tempat shopping diorang bawak. Pffft. Kalau betul-betul murah takpe jugak... tapi kebanyakan nya cekik darah je.

Kepompong ulat sutera

2. Banyak tempat best yang mungkin korang tak sempat pergi. Dan masa yang korang spend kat tourist attraction jadi sangat pendek sebab guide korang bawak korang pergi tempat shopping banyak sangat.

Contoh pengalaman aku: guide aku bagitahu kitorang akan pergi Great Wall. Kitorang gerak awal pagi. Mula-mula singgah tempat jual jed, duduk la sana dalam 2 jam. Lepas tu stuck dalam traffic jam, singgah pulak kat tempat jual kristal, spent about 1 jam. Lepas tu berhenti makan, then dalam pukul 2-3 petang baru sampai Great Wall, pergi parking, briefing, ambik group photo. Akhirnya, kitorang spend tak sampai 1 jam pun untuk explore Great Wall.

Pakcik tengah ukir jed
3. Dengan tour guide, korang pergi cuma sebagai pelancong. Actually, kalau pergi sendiri, plan sendiri, sesat kat sana, korang boleh belajar lagi banyak pasal tempat tu. Lagi banyak interaksi dengan orang tempatan, belajar pasal transport system dekat sana, dan korang akan terpaksa belajar bahasa diorang, yang akhirnya akan memberi jauh lebih banyak pengalaman dan ilmu baru.

4. Mahal. Actually dengan tempat-tempat yang diorang bawak, korang boleh dapat harga yang lebih murah, kalau korang plan betul-betul. Eg: beli tiket flight waktu ada promosi, cari hotel bagus sendiri dekat Agoda.

OK aku senaraikan 6 kebaikan pergi pakai travel agent, dan cuma 4 je keburukan. Tapi, kalau aku diberi peluang lagi sekali, aku nak pilih pergi sendiri.

Aku dah biasa dari dulu travel sendiri, lagi banyak kebebasan nak buat aktiviti apa. Cuma dari segi practicality, kalau dah busy, memang terpaksa lah cari travel agent. Tapi, selagi ada kudrat, lagi bagus plan sendiri.

Aku belajar dari kesilapan lalu (cewahhh) dan decide untuk pergi Bali sendiri... Memang syok! Aku tengok kawan-kawan aku yang pergi Bali pakai tour, balik-balik pergi pura (temple) hari-hari, tengok monyet, tengok tarian 'tradisional' yang dimodenkan untuk pelancong, pergi tourist trap.

Memang penat sikit nak google info, tapi boleh bah research sikit2 time lunch break, lepas habis kerja, before masuk kerja (sebab time tu takde internet kat rumah, terpaksa buat research kat ofis je.. hehe). If there's a will there's a way, insyaAllah.

Tapi ni pendapat aku je la... kalau malas, amik travel package la paling senang kan? Cuma bayar extra sikit for the service.  Hehe. OK. Peace and out!

No comments:

Post a Comment