Saturday 28 February 2015

Sabah Best: Pulau Sapi @ Tunku Abdul Rahman Marine Park

Assalamualaikum & Hello!

OK sambung dari entry yang lepas! Kali ni nak fokus pada pulau feveret ku di Tunku Abdul Rahman Marine Park: Pulau Sapi @ Sapi Island!

Kalau nak bandingkan dengan Pulau Gaya atau Manukan, Pulau Sapi ni memang kecik je. Pantai dia pun tak besar mana.. Tapi pulau ni la yang paling feymes di kalangan divers sebab pemandangan bawah laut dia paling umph!

OK tapi sebelum kita cerita pasal bawah laut, aku nak perkenalkan dulu rupa Pulau Sapi ni:

Pulau Sapi. Pemandangan dari bot.


Wednesday 25 February 2015

Sabah Best: Tunku Abdul Rahman Marine Park

Assalamualaikum @ Selamat sejahtera

Ok. Memandangkan aku sekarang adalah penduduk Sabah.. maka haruslah aku promote Sabah kan? :p Lagipun tahun 2014 kan Tahun Melawat Malaysia, dan Sabah jadi tuan rumah bahh..

Walaupun korang dengar banyak berita-berita menakutkan pasal penculikan di Sabah, terutamanya di kawasan Sipadan/Semporna, jangan risau... Tunku Abdul Rahman Marine Park (TARP) insyaAllah selamat untuk dilawati. Sebab? Kawasan yang selalu jadi target militan dari Filipina adalah kawasan pantai timur Sabah, yang dulunya pernah termasuk di bawah pentadbiran Kesultanan Sulu. TARP terletak di pantai barat Sabah, dan kawasan ni tak jauh dari mainland, so susah sikit la nak buat operasi-operasi gelap ni. :)

Tunku Abdul Rahman Marine Park (TARP) ni actually ada 5 pulau semuanya: Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik & Pulau Sulug. TARP mula diisytiharkan pada tahun 1974 merangkumi kawasan Pulau Gaya dan Pulau Sapi. Pada tahun 1979, barulah dimasukkan jugak Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. (Trivia: Manukan = manuk = ayam dalam bahasa bajau)

Credit: http://www.sabahtravelguide.com/en/images/mpg/TARP.gif

Sunday 22 February 2015

Beijing with travel agent: the good and the bad

Assalamualaikum :)

Aku pergi Beijing lama dah... April tahun 2012. Hehe, entry back-dated, sebab dulu aku takde travel blog pun :p

Group kitorang kat Forbidden City
Bagi aku, Beijing ni tempat yang korang perlu pergi. Dari segi harga, lagi murah dari Jepun & Korea. Tapi tempat bersejarah dia memang banyak. Great Wall of China, Forbidden City, Summer Palace, etc etc.


Sunday 8 February 2015

Pura Tanah Lot & Pura Ulu Watu

P/S: Pura = kuil = temple.

Assalamualaikum & Selamat Hari Malaysia! :)

OK hari ni aku free gile. So apa lagi... blogging je laaa.

Hari ni aku nak sambung cerita pasal Bali. Seperti yang aku dah mention sebelum ni, Bali memang banyak kuil2 yang boleh dilawati. Antara yg paling feymes ialah: 
  • Pura Tanah Lot: kalo korang pegi Bali tapi tak pegi tempat ni... tak tau la nak cakap apa. Iconic temple of Bali. Slalu kluar dalam poskad.
  • Pura Luhur Ulu Watu: temple by the cliff! Korang susah nak jumpa structure macam ni kat Malaysia. So bagus lah pegi.
  • Pura Ulun Danu Bratan: cantik jugak, terletak tengah tasik. Sekeliling ada gunung...
  •  Pura Besakih: temple utama, terletak dekat dengan Gunung Agung, gunung paling tinggi di Bali dan gunung yang dianggap paling suci. Tapi aku dengar banyak tourist trap kat sana.