Monday 19 January 2015

Bali: Overview

Assalamualaikum & Hello!

Ok kali ni aku nak cerita pasal Bali.

Bali seperti yang korang tahu, ialah sebuah pulau yang terletak di Indonesia, sebuah negara Islam. Tapi, majoriti populasi Bali beragama Hindu. Tapi, Hindu diorang ni version lain sikit daripada Hindu orang India. Bagi sesapa yang minat culture, Bali memang sesuai la untuk korang. Ada banyak temple @ pura yang korang boleh lawati.


Honestly, aku tak minat sangat culture, tapi aku minat adventure, dan Bali memang banyak peluang untuk korang ber-adventure!

Contoh aktiviti yang korang boleh buat: diving, rafting, panjat gunung, berbasikal merentasi kampung, naik kuda, paragliding, etc etc. Nanti insyaAllah kemudian aku akan cerita lebih lanjut lagi ye pasal ni.

Musim: Waktu paling bagus untuk melawat Bali ialah dari bulan April – September. Sebab waktu ni bukan musim hujan. Tapi jangan expect takde hujan langsung. Korang tau-tau jelah Negara iklim tropika ni mestilah berhujan. Cuma waktu April – September, hujan nye generally kurang sikit la...


Tapi... Julai, Ogos & September ialah peak season. Waktu ni banyak negara omputeh, Jepun, tengah cuti musim panas. Orang Australia pulak suka datang around Christmas sampai awal Januari. Orang Indonesia sendiri tend to come bulan 12 sebab cuti sekolah. Info ni datang dari Lonely Planet punya buku.


Dulu aku pegi sana masa pertengahan April. Cuaca Alhamdulillah ok, hujan renyai2 je. Hotel pun takde la fully booked sangat. Tapi jangan la korang book last minit sangat. Aku book dalam 1-2 bulan sebelum pergi Bali, dan memang aku dapat book hotel 1st choice aku la.

Antara benda penting yang korang kena tahu pasal Bali:

  • Hari Nyepi, ie hari keagamaan Hindu di Bali (Hindu negara lain memang takde sambut hari ni). Kalo korang ada kat Bali time ni, korang memang takleh jalan2 mana sangat la. Sebab kedai tutup, takleh melancong. Semua orang Bali kena duduk kat rumah diam-diam, kira maca bermuhasabah la. So takde la pakej2 melancong.
  • Airport Ngurah Rai memang cantik, tapi kena bayar cukai mahal bila nak kluar! WTF. Terkejut betul aku sebab tak sangka semahal tu bayaran dia. So, prepare duit kalo tak korang tak boleh naik flight!
Kedai masakan padang yang halal. Sedap. Tapi shortly lepas makan kat sini aku cirit birit.tak tau le salah kedai mana satu...

Bali banyak jual babi guling. Hehe. Kebanyakan diorang kan beragama Hindu, so Muslim travellers sila lah berusaha sikit mencari makanan halal. Kalau ikut yang aku baca, kedai yang ada tulis ‘warung’ atau kedai makanan padang generally halal. Tapi bagus la korang tanya dulu sebelum makan. Aku dulu banyak kali pegi McDonald’s je, sebab fast-food chain usually halal lah, coz Bali is still part of Indonesia. Aku dengar KFC and Pizza Hut pun halal, tapi dulu takde pulak cuba makan dekat sana, coz jauh dari hotel aku. Tapi korang kena prepare for the possibility of having diarrhoea. Bawak lah tablet activated charcoal, ORS, lomotil atau pun metoclopramide.

Kalau korang pergi sana pakai travel package, isu cari makanan halal ni mungkin tak timbul lah. Tapi, seriously JANGAN lah pergi Bali pakai travel package. Aku tengok diorang punya itinerary balik2 pegi Pura (ie temple). Habislah semua temple pun nak di pergi. Pastu pegi makan seafood mahal time sunset kat Jimbaran Bay. Pada pendapat saya, Jimbaran Bay ni hanyalah tourist trap. Bawak snorkelling pulak dekat Nusa Dua je. Apa kelas beb snorkelling kat sana.. :p

Btw, Bali ni kira macam besar gak la. Nak jalan dari satu hujung ke hujung yang lain tu mau la 8 jam kot. Pastu kalau korang pergi tempat2 tourist waktu time peak, matilah korang dalam traffic jam. Antara area yang selalu orang pergi:

Kuta Beach. Banyak pub, tpt2 utk berparty, ombak sesuai utk surfing.

Kuta

Ini macam pusat kepada industri pelancongan. (Note: Ramai yang ingat Kuta ialah ibu negeri Bali, tapi sebenarnya ibu negeri Bali ialah Denpasar). Airport memang tak jauh lah dari Kuta. Tapi tempat ni memang busy. Kalau korang nak beli barang bagus pgi sini kot. Banyak choice, so boleh tawar2 lagi. Ada shopping mall jugak, eg Kuta Discovery. Ada la jugak kedai2 high-end. Tapi harga dia takde la murah pun. Cam biasa je aku tengok, sbb produk overseas kan. Konon je sale (bende2 branded ni lagi murah kat UK time sale, ikut pengalaman aku la). Kuta banyak gile hotel, dan ikut pengalaman aku masa survey2 harga, sini memang banyak hotel yang mewah dengan harga yang berpatutan. Dengar kata makanan halal pun senang cari, tapi aku dulu duduk sini sehari je.

Sanur Beach. Banyak water sports. Tempat divers berlepas ke diving spot eg: Manta Point, Nusa Penida

Sanur

Ini 2nd hot spot tourist attraction kot. Tapi dia menghadap pantai timur, so malangnya takleh tengok sunset. Haha. Tapi sini takde la crowded sangat. Dekat pantai Sanur, aku ada jumpa satu warung bakso yang halal. Murah gile kot. Seringgit lebih je untuk satu mangkuk bakso. Tapi nak kenyang korang beli la 2 mangkuk. Aku pun berkesempatan untuk mencuba Teh Botol yang selalu diwar-warkan oleh kawan aku yang study kat Indonesia. Tapi... er...  cam takde la sedap sangat pun. Sebab rasa macam teh bunga. =_= Kat pantai Sanur ada banyak choice untuk buat water sport. Harga OK jugak. Tapi aku sebagai penduduk Sabah tak berminat sangat nak cuba watersport ni, sbb kat sini pun belambak. Haha.

Ubud

OK kalo korang baca Eat, Pray, Love mungkin la korang akan berminat sangat dengan tempat ni. Ubud kira macam cultural hub Bali. Ada banyak temple, istana lama, muzium, Sacred Monkey Forest, Botanic Garden, etc. Kalo korang nak cari Ketut, bermeditasi, cuba lah pegi Ubud. Aku dulu lalu je kat sini, takde tinggal kat sana.

Nusa Dua

Sini banyak hotel mahal2. Kalau korang kaya pegi la duduk sini. Aku memang takde duduk are sini pun dulu. Tapi setahu aku tempat ni dekat dengan Tanjung Benoa, tempat yang ada banyak water sport jugak.  Satu yang aku tertarik sikit pasal tempat ni, dia ada beach promenade, ada walkway untuk jalan sepanjang laut. Tapi Sabah pun ada gak. So. Hmm. Didn’t go there, so don’t know much.

Kebanyakan tourist datang area2 ni je, sebab lagi dekat dengan airport, dan tempat-tempat ni memang dah lama jadi tourist attraction. Tapi, kalau korang tinggal seminggu atau lebih di Bali, mungkin korang ada can nak pegi belah2 utara sikit. Contohnya, aku dulu sempat jugak pegi Tulamben. Tempat ni biasanya divers je la yang pegi, sebab ada wreck dive yang best :D

Pemandangan kampung di Tulamben

Kalau korang nak spend duit sikit, mungkin boleh pegi Gili Islands. Aku dulu tak sempat pegi sana.Tapi dengar cerita memang cantik lah. Kalau banyak lagi masa pegi la Lombok & baik Gunung Bromo yang sangat cantik! Tapi.. pastikan korang fit. Baru bebrapa bulan lepas aku dengar ada tourist meninggal sebab dapat asthma attack, then hypoxic.

In terms of getting around, aku dulu ambik pakej yang provide transport, sewa kereta + pemandu, dan jalan kaki. Bemo pun ada, hrga murah sikit la. Dia lebih kurang mcm kereta sapu la kot, tapi aku tak pernah try. Korang kena tunggu penuh baru dia nak jalan. Aku rasa teksi kat Bali macam agak mahal. Btw, naik teksi pergi/keluar dari airport sangat mahal. Sebab nak masuk airport pun kena bayar. Even for taxi. Parking lain cerita lag. So pemandu2 teksi ni akan pastikan korang yang bayar extra charge ni =_=

OK la. Panjang sudah ni. Sambung kemudian. Till next time!

No comments:

Post a Comment